Shawn Mendes bukan sahaja memiliki bakat luar biasa dalam nyanyian, tetapi juga merupakan salah seorang selebriti lelaki yang bijak bergaya dan berani mencuba pelbagai trend fesyen.
Baru-baru ini, Shawn Mendes mengejutkan ramai apabila beliau dilihat berada di masjid New York University (NYU) untuk menunaikan solat Jumaat baru-baru ini. Penyanyi dan penulis lirik terkenal itu hadir bersama rakannya, Mustafa Ahmed, seorang penyanyi dan pemuisi beragama Islam.
Tindakan Shawn Mendes ini mendapat perhatian meluas, dengan ramai memuji sikap keterbukaannya untuk menghormati kepercayaan dan budaya rakan-rakannya. Mustafa Ahmed, yang juga dikenali dengan nama pentas Mustafa the Poet, sering memperjuangkan mesej perpaduan dan kemanusiaan melalui karyanya, menjadikan persahabatan mereka lebih bermakna.
Dalam dunia hiburan, Shawn Mendes bukan hanya terkenal dengan nyanyiannya, dia juga sering bergaya pada setiap acara yang diadakan. EH! kongsi gaya terbaik Shawn Mendes di karpet merah.
MTV EMAs 2024
Shawn Mendes mengenakan jaket double-breasted yang berpotongan hingga sedikit di bawah pinggangnya, mengekalkan siluet yang simetri dari atas hingga ke bawah. Potongannya berbentuk boxy dan santai, dengan lapel yang memberi penghormatan kepada era kekacauan Wall Street tahun 80-an. Di sebalik itu, dia menggantikan tali leher dengan kemeja gaya Western berwarna putih collar lebar, dihiasi dengan hujung collar koboi berwarna emas.
Shawn juga memilih seluar longgar yang jatuh cantik di atas kasut loafer bertassel kulit yang digilap, memberikan sentuhan santai pada bahagian bawah pakaian dan memastikan proporsi tetap seimbang.
MTV Video Music Awards 2024
Shawn menyarung satu set rekaan Dolce & Gabbana di mana dia mempamerkan sedikit kulit dengan mengenakan kemeja hitam yang butangnya dibiarkan longgar, dipadankan dengan sut hitam yang elegan.
Vanity Fair Oscar Party 2023
Shawn Mendes menghadiri majlis tersebut dengan mengenakan turtleneck jarang daripada Dolce & Gabbana yang digabungkan dengan blazer double-breasted dan rantai minimal berlian zamrud.
The Met Gala 2022
Shawn Mendes tampil elegan di Met Gala 2022 dalam persalinan Tommy Hilfiger. Dia melangkah di karpet dengan mengenakan kot merah dan biru navy rekaan Tommy Hilfiger, lengkap dengan sulaman inisial namanya di bahagian dalam lapisan kot tersebut.
The Met Gala 2021
Shawn melengkapi penampilannya dengan menyarung pakaian serba hitam rekaan Michael Kors. Dia memadankan jaket kulit tanpa baju disebaliknya dengan seluar bootcut hitam, dan dilengkapi bersama dua tali pinggang dan aksesori lain.
MTV Video Music Awards 2021
Bagi saya, ini look terbaik buat Shawn Mendes, suka tentang segalanya, daripada tank top ke serba putih! Shawn menyarung sut putih daripada Mans dan tank top daripada Judy Turner.