Majlis Anugerah TikTok berlangsung Ahad lalu di Dewan Merdeka PWTC menyaksikan barisan tetamu yang hadir dengan gaya yang menangkap mata!
Anugerah berprestig TikTok telah berlangsung dengan jayanya, mengumpul kesemua content creator Malaysia dan memberi anugerah kepada yang terpilih mengikut kategori masing-masing.
Gaya para tetamu juga semestinya mencuri perhatian, hadir mengikut tema iaitu WOWdest Dreams di mana mereka yang hadir dengan kreatif dan berani! Jom kita lihat gaya para tetamu pada malam Anugerah TikTok 2024.
Khairul Aming
Star of the show! Lihat sahaja Khairul Aming di karpet merah, dia tampil segak dan kemas dalam sut Vetio Bespoke. Dengan perincian pin pada kolar, Khairul Aming mengingatkan kita bahawa kita perlu sentiasa ingat saudara kita di negara P*lest*ne.
Yazmin Aziz
Yazmin Aziz tampil elegan dalam busana rekaan Syomirizwa Gupta pada malam TikTok Awards. Gaun panjang dibaluti outwerwear ala ala blazer berona jingga terang cukup menangkap mata orang sekeliling.
Sarimah Ibrahim dan Janna Nick
Best duo atas stage, Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sungguh memukau dengan gaya mereka malam itu. Sarimah menyarung busana rekaan Rizman Ruzaini, gaun hitam panjang berperincikan emas pada bahagian atas.
Janna pula menyarung busana rekaan Khuntumn berona off-white dilengkapkan dengan korset dan rangka yang membaluti, cukup menangkap mata!
Scha Elinnea
Scha Elinnea tampil dalam rekaan Shanell Harun, gaun tampa lengan berona kelabu, diserikan dengan bulu pada bahagian atas dan dipenuhi dengan kilauan pada gaun itu.
Cabi
Saya benar-benar meminati gaya Cabi pada malam itu. Cabi menyarung satu set, blazer dan midi skirt bercorak plaid tetapi apa yang menarik perhatian saya apabila gayanya itu di ubah suai di mana belakang blazernya mempunyai rumah ‘Sylvanian doll’ dan dipenuhi tumbuhan hijau yang direka khas daripada jenama uglypretty. Sangat kreatif!
Ceddy Ang dan Ain Edruce
Busana Ceddy pada malam itu seperti bertemakan taman rama-rama. Lihat saja gayanya malam itu, sudah tahu ia direka oleh Melinda Looi. Dipenuhi rama-rama 3d, pilihan warna bercampur baur itu masih cantik dilihat.
Ain Edruce pula dibaluti rekaan Khoon Hooi dalam rona biru cair. Gabungan kemeja dan kain kembang ini mepamerkan gaya feminin,ditambah pula dengan bulu-bulu yang memenuhi busana itu.
Wani Kayrie
Wanie Kayrie menyarung busana rekaan Ku Syafiq Adenan. Permainan rona merah jambu dan perak dalam bentuk metalik ini menyempurnakan gaya Wanie pada malam itu.
Azfar Heri dan Sofea Shra
Azfar Heri hadir dengan ‘all black‘ dalam busana rekaan Abu. Pilihan fabrik lateks untuk kot panjang itu cukup menangkap mata.
Sofea pula hadir bak bidadari menyarung gaun rekaan Rizman Ruzaini. Gaun serba putih ini dipenuhi dengan perincian berkilauan, memberi sentuhan elegan pada gaun itu.