Pilihan warna yang rare untuk Chanel. Gayakan sahaja helaian polos dan hidupkan dengan beg tangan ini.
Hari ini tidak ramai yang senang bermain warna bila bergaya. Rata-ratanya lebih selesa tampil dengan gaya monokrom; yakni padanan hitam dan putih. Jadi bagaimana mahu tampil lebih menyerlah berbanding dengan kawan-kawan anda yang lain, jawapannya bermainlah dengan warna. Tapi usahlah pilih warna yang sudah terlalu lazim bagi wanita, merah jambu misalnya. Apa kata anda pilih ungu. Tidak ramai yang selesa bermain dengan warna ungu, dan ton ungu sendiri ada berbagai-bagai, jadi pilihlah yang mana sesuai dengan ton kulit anda. Lilac untuk gaya lebih lembut, dan jika mahu bold pilih yang berkilau.