UNIQLO DA Square, peruncit pakaian Jepun akan membuka pintu pertama dengan konsep baharu pada 18 Disember 2020, 10 pagi. Stor baharu tersebut, berlokasi di Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara, akan meraikan tiga hari pertama pembukaannya dengan tawaran harga-harga istimewa.
Bermula 18 sehingga 20 Disember, 500 pelanggan yang pertama melangkah masuk stor akan menerima ‘goodie bag’, dan setiap pelanggan yang membuat pembelian lebih RM200 atau lebih dalam satu resit akan menerima beg tote istimewa UNIQLO U.
Stor berkeluasan 15,100 kaki per segi ini, direka dengan penuh teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi. Supaya pelanggan yang hadir dapat akses ke semua bahagian dan ruang, khusus buat famili dengan anak-anak, warga emas dan orang kurang upaya. The store are created for all.
Ketelitian reka bentuk butik ini, ternyata menawarkan pengalaman beli-belah yang sungguh menakjubkan. Setiap produk UNIQLO akan mudah diakses kerana susun atur dan ruang yang meliputi bahagian dalam butik telah dipastikan menjamin kesenangan sewaktu membeli-belah.
Malaysia adalah negara ke lima, selain Jepun dan ketiga di Asia Tenggara yang memiliki gedung UNIQLO konsep pinggir jalan. Selepas kejayaan pembukaan konsep butik yang sama di Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Filipina.
Antara keunikkan stor baharu UNIQLO ini ialah satu-satunya cawangan UNIQLO di Malaysia yang menawarkan koleksi lengkap tempat tidur AIRism. Sebelum ini, pelanggan hanya boleh mendapatinya secara online. Kini, koleksi tersebut boleh dibeli di stor UNIQLO DA Square juga. Lebih memudahkan buat pelanggan lagi, terdapat contoh-contoh cadar, kain selimut dari koleksi ini buat rujukan.
Sambil membeli-belah, terdapat juga pojok yang dinamakan ‘Sustainability Corner’ buat pelanggan yang berminat untuk mengetahui aktiviti-aktiviti UNIQLO berkaitan kelestarian fesyen. Dan cara untuk menyertainya. Seiring dengan matlamat fesyen UNIQLO sekarang, yang mana sedang menuju ke arah sustainability in fashion. That’s a good move.
Kaunter UT dan UTMe juga diwujudkan di bahagian belakang stor. Disertakan dengan rak yang mempamerkan koleksi UT dan UTMe terbaharu. Memudahkan pelanggan untuk memilih rekaan kemeja T UT dan UTMe mengikut pilihan mereka.
Koleksi lengkap pakaian dan aksesori lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi boleh didapati disini. Segala keperluan dalam fesyen dengan mudahnya untuk dimiliki dengan hanya berkunjung ke UNIQLO DA Square.
Artikel berkaitan: Moschino Teddy Pop, Menjulang Trend ‘Streetwear’