Salvatore Ferragamo menghidupkan kembali ilham ‘sandal pelangi’ yang mereka perkenalkan di era 1930-an dan kali ini hadir dalam bentuk sniker. Daiyan trisha dan nazreem menggayakannya buat EH!
Must Have! itulah yang boleh disimpulkan tentang besar dan pentingnya sniker dalam gerobok pakaian kita. Sniker dikelasfikasikan sebagai satu aitem fesyen wajib ada. Sama ada anda penggila fesyen yang lazim sekali mengikut arus trend semasa atau sekadar individu biasa, sniker pasti ada dalam senarai item penggayaan harian.
Salvatore Ferragamo mahu terus meraikan sniker dan kerana itulah musim ini mereka sempurnakan himpunan fesyen mereka dengan sniker uniseks. Koleksi ini hadir dengan beberapa piliihan dan mengekalkan karakter yang menyempurnakan sepasang sniker iaitu ia mestilah ringan dan selesa bila disarung. Dan Ferragamo mengekalkan ciri-ciri ini tanpa meminggirkan identiti mereka sebagai sebuah jenama mewah. Unsur luxury itu tetap menyerlah pada sepasang #FerragamoSneaker.
Dalam banyak-banyak rekaan, sniker dengan garisan warna pelangi pada tapaknya yang menggamit perhatian. Sniker ini jugalah yang kami pilihkan untuk penggambaran istimewa bersama singer-songwriter Daiyan Trisha bersama influencer fesyen/sosialit, Nazreem Musa. Sniker pelangi ini adalah warisan dari arkib rekaan sandal Ferragamo yang terkenal pada tahun 1938.
Penggambaran kami bersama Daiyan dan Nazreem bersuntik energi tinggi, kedua-duanya menyarung sniker pelangi yang begitu menyerlah identitinya. Dirakamkan dalam set air, kami mahu menonjolkan ciri lasak yang ada pada sepasang sniker seiring dengan kemewahan dan stail yang ditonjolkan.
#FerragamoSneaker terhasil menggunakan bahan atau material mesra alam. Bahagian atasnya menggunakan ECONYL®, 100 peratus fiber dari bahan sisa jala ikan dan nilon. Benang jahitan sniker ini pula 100 peratus diperbuat daripada poliester kitar semula. Bahagian tapak berlapis rona pelangi pula diperbuat daripada getah yang ultra ringan.
Sniker uniseks Ferragamo ini sudah pun berada di semua butik Salvatore Ferragamo. We love #FerragamoSneaker.