Sembilan personaliti dan selebriti menjadi pilihan EH! untuk sama-sama meraikan kemeriahan warna himpunan baharu Gucci, GG Multicolor.
GG Multicolor memancar dengan satu konsep himpunan nan penuh warna. Logo G berkembar menjadi medan ekspresi buat Alessandro Michele pada himpunan ini, dan logo ini dilatari dengan jalinan warna yang bervariasi.
Mainan warna ini diabadikan pada helaian, aksesori seperti beg dan bucket hat. Jaket kargo misalnya antara yang menarik perhatian yang mana gaya ini cukup versatile dan sesuai untuk lelaki dan perempuan. Sama juga dengan baju panasnya yang hadir dalam rona merah jambu menjadikan himpunan GG Multicolor cukup menonjol.
Azira Shafinaz, As’ad Motawh, Sharifah Rose, kumpulan sensasi Dolla, Sean Lee dan Wan Nursyaira menjadi pilihan EH! untuk sama-sama meraikan kedatangan himpunan baharu ini. Kami padankan mereka dengan helaian Gucci bersama himpunan beg terkini dan ikonik Gucci.
Penggambaran istimewa kami bersama sembilan personaliti ini tampil dalam konsep polaroid, menyuntik atmosfera vintaj seiring dengan trend gen-Z hari ini yang cuba mengembalikan semula teknologi lama dalam nadi yang lebih moden. Konsep ini kami abadikan dalam portrait dan juga untuk video istimewa.
Artikel Berkaitan: Fail Gaya OOTD Gucci, Siapakah Yang Paling Stail?