All I Want For Festive Season is Giorgio Armani. Sempena menyambut Musim Cuti yang bakal menyusul, Giorgio Armani melancarkan koleksi fesyen ski NEVE dan hadiah ideal buat yang tersayang!
Bayangkan anda berski sambil bergaya, dan orang sekeliling tidak henti melihat anda kerana menggayakan chic ski Giorgio Armani NEVE. Gah seperti gunung salji itu anda yang punya! Tetapi sebentar, jangan dibayangkan sahaja. Anda perlu segera tempah tiket salji dan gayakan kapsul Giorgio Armani NEVE ini, akhiri momen indah akhir tahun anda dengan gaya yang mewah dan pasti menampakkan anda seorang yang kelas tinggi dan bergaya.
Meraikan musim perayaan yang bakal datang, Giorgio Armani sering hadir dengan ideanya yang tersendiri, kali ini memamparkan koleksi kapsul aksesori, pakaian lelaki & wanita serta peralatan rumah yang mewah! Bintang pilihan, Giorgio Armani Neve menawarkan pakaian musim sejuk yang eksklusif dengan perincian yang chic dan stail yang terkini.
Direka buat memenuhi apa jua aktiviti di puncak gunung salji, koleksi Giorgio Armani Neve menekankan aspek fabrik yang selesa dan memanaskan tubuh langsung mencerminkan gaya hidup high-altitude dan sport-wear yang pasti trendy 2022. Warna hijau dan biru yang memikat estetik memenuhi siluet pakaian wanita Giorgio Armani Neve dimana ia menaruhkan koleksi seperti Jaket quilted-Maxi-Chevron, Jaket kait Puffer, Windbreakers, Jaket Velvet Puffer, Kot Faux Furand, dan pilihan klasik yang memikat jiwa fesyen.
Mengetengahkan elemen anggun estetik, koleksi ini diperhalusi dengan ciri keselamatan suai badan pakaian luar mahupun sukan. Material fleksibel empuk dengan sentuhan sutera baldu dalam warna terang memberi nafas segar tatkala beg bahu ikonik La Prima digubah dengan shearling ini menghiasi rupa Giorgio Armani NEVE.
Rangkaian koleksi lelaki yang mempunyai daya magnetik pragmatik ini menampilkan panel corak kotak klasik dengan barisan gaya bulu pada jaket dan perincian empuk seperti Jaket Puffer, Windbreaker dan Jumpsuit menggariskan kefungsian tulen maskulin. Pemilihan tidak lengkap tanpa aksesori topi, penutup kepala, sarung tangan dan but khas direka buat kedua lelaki dan wanita.
Raikan Musim Cuti bersama Giorgio Armani Ideal Gift, menyeluruhi pilihan aksesori, pakaian lelaki & wanita serta peralatan rumah yang mewah!
Selain fesyen perayaan, pastinya hadiah adalah pemberian yang paling bermakna bagi seseorang. Tidak lengkap tanpa memberi, menghargai yang tersayang. Buat anda yang masih mencari hadiah ideal, nah kami senaraikan top hadiah Giorgio Armani, khas reka dengan pelbagai pilihan sehingga ke reka rumah!
Giorgio Armani Neve, koleksi fesyen salju yang direka dinamik memenuhi aspek fungsi bagi mereka yang meminati sukan altitud tinggi dan sesiapa sahaja yang suka menghabiskan percutian musim sejuk di pergunungan dengan bergaya. Lengkapi dengan ideal hadiah Giorgio Armani, pastinya memeriahkan pokok natal di rumah anda dan keluarga.
Bersempena meraikan percutian hujung tahun, Giorgio Armani juga melancarkan satu aktiviti digital. Layari www.armanichristmas.com untuk alami satu pengalaman magikal salju yang asyik di Giorgio Armani Maison sekarang.
Artikel berkaitan: Bintang Baru Spiderman, Adria Arjona Wajah Haruman Armani