Sinar Zendaya semakin menyala terang. Satu per satu naskhah baharu yang menampilkan Zendaya sebagai bintang utama. Euphoria dan Malcom & Marie antara yang menguji keberkesanan lakonan Zendaya. Pada tahun lepas, Zendaya meraih trofi Emmys, satu lagi pencapaian yang membanggakan. Yang terbaharu, Zendaya terpilih untuk menghiasi kempen fesyen Valentino Roman Palazzo.
Imej protagonis dijelmakan Zendaya dengan cemerlang dalam kempen tersebut. Wajahnya ditangkap oleh jurugambar, David Sims yang menjalani penggambaran kempen di Palace Theatre, Los Angeles.
Pelakon ini mempunyai keupayaan untuk mengekspresikan semua nilai jenama melalui satu syot, mengubah pandangan jenama Valentino menjadi sesuatu yang luar biasa. Extraordinary. Kecirian yang terdapat pada Zendaya, ternyata melambangkan nilai-nilai saksama dan meraikan inklusiviti, mendukung prinsip Pierpaolo Piccioli dan Valentino dalam merayakan jenama tersebut. Tersisip sentimen kontemporari dan romantisisme melalui penghasilan kempen.
Visual the Valentino Roman Palazzo melanjutkan naratif Pengarah Kreatif, yang mana Rome dipilih sebagai lokasi persembahan. Lokasi yang tak terjangka punya keunikkan tersendiri, selain terlaksana secara intim dan personal. Ruang acara dibiar kosong, hanya atmosfera membidik seri, diperkasakan dengan barisan model yang ditugaskan untuk meluncurkan koleksi tersebut.
Zendaya ditempatkan di set penggambaran berkonsep potret yang klasik, deruan pentas teater yang menghubungkan dan menghidupkan suasana penggambaran. Ibarat satu persembahan teater sedang diadakan. Suasan penggambaran bertambah rancak, apabila Zendaya beraksi, lantas memberi ‘nyawa’ pada sandiwara yang ingin Valentino cuba sampaikan. Detik yang cukup mempesonakan.
Identiti Valentino yang dilihat hari ini terwujud dengan visi dan matlamat yang jelas dan kukuh; sensual dan romantis, menyandiwarakan kenangan, tetapi tidak bernostalgia. Identiti yang terpancar dalam generasi baharu.
#Valentino
Artikel berkaitan: Scha Alyahya Jawab 5 Soalan Tentang Kolaborasi Bersama Bonia