Dilancarkan ketika Sneakerlah awal bulan ini, Reebok Classic menghadirkan koleksi Interval yang diinspirasikan daripada desain legenda pertengahan era 90-an. Label ikonik ini tidak pernah tampil membosankan, sebaliknya desain kali ini lebih bold dengan letusan attitude yang lebih mengujakan.
Bersempena dengan pelancaran ini, Reebok menampilkan tiga trendsetter fesyen Asia termasuklah William Chan (China), Zico (Korea Selatan) dan Yurino (Jepun). Masing-masing mempunyai personaliti nan bold yang tepat membiaskan desain sniker yang mencuri perhatian ini. Sniker Interval baharu ini boleh digayakan sepanjang hari buat lelaki mahupun wanita yang mahu melangkah lebih berani.