Kehidupan sihat adalah tonggak utama masyarakat maju. Bagi melengkapkan gaya sihat pula, Marks & Spencer memberikan pilihan lebih banyak buat koleksi Goodmove Spring 2021 mereka. Percaturan Marks & Spencer adalah satu koleksi pakaian aktif lebih bersifat energetic. Setiap ceraian ini memberi fokus pada inovasi yang mampu memantapkan lagi aktiviti bersukan. Ia lengkap buat koleksi wanita, lelaki hingga ke kanak-kanak.
Goodmove satu koleksi yang menerapkan kelestarian fesyen. Ia juga hadir dalam seni rekaan kontemporari bersama sorakan corak yang direka khas oleh Marks & Spencer. Seperti pada koleksi Goodmove Spring 2021 wanita, ia mempunyai corak moden dengan dihiasi bersama esen neon. Bagi memberi contoh terbaik untuk kelestarian fesyen, ada bra yoga Go Balance yang diperbuat menggunakan fabrik yang dikitar semula. Inovasi yang diketengahkan adalah penggunakan material buat outerwear dan baju dalam yang selesa dipakai dalam apa jua musim dan cuaca.
Himpunan lelaki pula bercitrakan versatility serta fabrik yang lebih breathable. Estetik yang dipersembahkan lebih cool dalam rona kelam. Tetapi dipecahkan gaya bersama rona neon kuning. Ia memberikan gaya yang lebih lama, tidak telang dek zaman. Himpunan kanak-kanak juga melonjakkan warna neon sebagai asas gaya. Rekaannya lebih bersifat inklusif, agar dapat disuai padan dengan buat semua golongan kanak-kanak.
Pautan Berkenaan: Monki Salute Sisterhood, Raikan Hari Wanita Sedunia