Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Kate Spade New York memperkenalkan Grace, tas tangan elegan sebagai penyempurna OOTD lebaran nanti.
Setiap kali lebaran, tas tangan adalah item yang harus ada dalam menyempurnakan gaya raya anda. Pelbagai rekaan stail diperkenalkan dan dalam banyak-banyak yang ada di pasaran, EH! berkenan dengan pilihan di Kate Spade.
Syawal diraikan sebulan di negara kita, selain meraikan di kampung halaman, ruamh terbuka meriah dianjurkan warga kota. Dan tas tangan yang versatil adalah yang diperlukan sebagai pelengkap gaya raya. Sama ada anda selesa dengan padanan tradisional atau mahu yang lebih moden kontemporari, tas tangan Kate Spade yang EH! pilihkan ini pasti melengkapi gaya lebaran anda.
Kate Spade hadirkan deretan tas baharu, citra koleksi Grace, desain beg tangan yang punya karakter, saiznya juga ‘just nice’ dan sangat versatil. Mengangkat semangat Aidilfitri, diserlahkan dengan karakter moden dan paling penting sangat praktikal.
Grace, sebuah koleksi yang menggambarkan keindahan Lebaran dan kembara kota New York, hadir dalam tiga pilihan warna masa kini.
Sebahagian daripada koleksi Kate Spade New York 2024, koleksi ini memenuhi janji temu Lebaran anda dengan ekspresi warna dan desain yang menceriakan. Garisan desain minimalis, dan pemegang tas yang halus menciptakan gaya anggun yang sempurna.
Melalui siri koleksi ini, Kate Spade melancarkan dua rekaan beg yang cukup tepat dengan tema Lebaran. Pertama adalah Grace Shoulder Bag (RM1,900) bersifat versatil, tas ideal untuk apa jua acara dan Grace Satchel (RM2,100), sesuai digayakan jika mahu melawat dari rumah ke rumah, kerana rekaannya lebih besar. Boleh memuatkan lebih banyak item.
Rangkaian Grace ini direka dalam balutan kulit dan disajikan dalam variasi palet warna lembut segar seperti Cream, Black, Berry Cream dan Bosc Pear.
Berpegang kepada kod jenama warisan Kate Spade New York, koleksi ini menerapkan perspektif desain serta mewujudkan kunci gaya baharu. Sentuhan logo klasik Kate Spade digilap dengan ton metalik, dilengkapi estetika siluet kasual, kemasan halus dan desain moden.
Grace, tas tangan lambang keanggunan yang bergaya, menangkap intipati perayaan Aidilfitri dengan sempurna. Direka dan dihasilkan cukup teliti dan terperinci, ia memancarkan gaya minimalis dan versatil, menjadikannya teman paling sempurna untuk anda, baik sewaktu meraikan Syawal atau ke pejabat usai musim perayaan.