Hermès mengumumkan berita yang buat dunia fesyen bergetar, Grace Wales Bonner kini secara rasmi dilantik sebagai Pengarah Kreatif Busana Lelaki Sedia Pakai (Men’s Ready-to-Wear) untuk rumah fesyen ikonik tersebut.
Wanita yang cukup sinonim dengan estetika elegan dan sentuhan budaya moden ini bukan calang-calang nama. Sebagai Pengasas dan Pengarah Artistik jenama Wales Bonner, Grace sudah mencipta gelombang besar dalam dunia fesyen lelaki selama lebih sedekad — dengan gaya yang menggabungkan kehalusan seni kraf dan naratif budaya yang mendalam.
Dan berita baiknya? Kita semua bakal menyaksikan koleksi sulung Grace untuk Hermès pada Januari 2027!

Dari London ke Paris: Sebuah Perjalanan Penuh Inspirasi
Lulusan Central Saint Martins (batch 2014), Grace bukan hanya berbakat — dia visionary. Dengan anugerah berprestij seperti CFDA Award for International Men’s Designer of the Year (2021) dan British Menswear Designer of the Year di Fashion Awards 2024, dia membuktikan bahawa fesyen boleh jadi platform untuk bercerita tentang warisan dan identiti.
“This is just the beginning,” kata Hermès
“Saya amat berbesar hati menyambut Grace ke dalam keluarga Hermès. Cara beliau menggabungkan fesyen kontemporari, kraf dan budaya akan memberi nafas baharu kepada gaya lelaki Hermès — menyatukan warisan kami dengan semangat zaman kini,” kongsi Pierre-Alexis Dumas, Pengarah Artistik Umum Hermès.
Grace pula jelas tidak dapat menyembunyikan rasa teruja:
“Saya benar-benar berasa terhormat. Ini adalah impian yang menjadi nyata – untuk meneruskan legasi pereka dan pengrajin yang begitu menginspirasi. Terima kasih kepada Pierre-Alexis Dumas dan Axel Dumas atas peluang membawa visi saya ke rumah fesyen yang penuh magis ini,” kongsi Grace Wales Bonner.
Apa Seterusnya untuk Hermès Lelaki?
Dengan Grace di kerusi kreatif, ramai pemerhati fesyen menjangka Hermès bakal melangkah ke era baharu — satu yang lebih ekspresif, moden dan kaya dengan lapisan budaya.
Dari London ke Paris, dari Wales Bonner ke Hermès — Grace membuktikan bahawa elegan tidak pernah statik. Ia berevolusi, bernafas, dan kini… siap untuk bab baharu yang lebih berani dan berjiwa seni.
Baca:
Pierpaolo Piccioli Lancarkan Kempen Balenciaga Pertamanya
Rekaan Pilihan EH! di Shanghai Fashion Week SS26
Gaya Selena Gomez, Hailey Bieber dan Selebriti Lain di Academy Museum Gala 2025