Gucci menyambut ulang tahun seabad dengan himpunan berteraskan muzik dinamakan sebagai GUCCI 100.
“Music is Mine Gucci Seats Reclined”, oleh Eric B. & Rakim, “This One’s Dedicated To All You Gucci Bag Carriers Out There It’s Called You Got Good Taste” dari lagu “You Got Good Taste” nyanyian kumpulan rock “The Cramps” dan “And The Men Notice You With Your Gucci Bag Crew” alunan Amy Winehouse menjadi bait lirik pilihan Alessandro Michele untuk tampil pada himpunan sedia pakai Gucci 100.
Gucci 100 adalah satu himpunan yang dihasilkan istimewa sempena meraikan ulang tahun rumah fesyen Itali ini yang mana mereka meyambut ulang tahun seabad tahun ini. Alessandro Michele yang duduk di kerusi Pengarah Kreatif Gucci berpendapat Gucci adalah satu jenama yang bergerak dan berubah dari tahun ke tahun, bagaikan dilahirkan atau diperbaharui semula himpunan demi himpunan, kempen demi kempen. Baginya Gucci adalah satu label fesyen yang sentiasa bergerak dengan budaya pop dan sentiasa berevolusi.
Gucci 100 adalah satu keraian juga koleksi fesyen yang menyatukan interaksi dua bahasa dalam komunikasi iaitu menerusi helaian fesyen yang menjadi lambang kepada identiti diri dan disatukan jiwanya dengan muzik yang mana baginya ritma dan melodi adalah satu perpustakaan kepada memori silam.
Melihatkan kempen Gucci 100, videonya dimeriahkan dengan pelbagai ritma yang melatari visual. Muzik Jazz, Psychedelic, Japanese Punk, Disco, Hip Hop, Afrobeat; adalah tiga bunyi-bunyian yang menjadi pengiring dan saksi kepada keharmonian, gerak tari seiring, cita rasa dan stail. Video dengan imej retro ini dirakamkan oleh Joshua Woods yang berkarya di bawah telunjuk Alessandro Michele sendiri.
EH! turut sama meraikan detik bermakna ini bersama Gucci, dan kami rakamkan potret enam selebriti masa kini dalam persalinan dan aksesori GUCCI 100. Aniq Suhair, Sean Lee, Azira Shafinaz, Hael Husaini, Mimi Lana dan Yaya Zahir tampil penuh warna dalam himpunan eksklusif ini.
Himpunan GUCCI 100 kini sudah berada di butik Gucci terpilih.
MIMI LANA HAEL HUSAINI
SEAN LEE AZIRA SHAFINAZ
Baca: Hollywood Forever, Kaca Mata Hitam Glamor Cetusan Gucci