Musim luruh nanti, apa kata hadiahkan kesayangan anda dengan hadiah terbaik ini kerana ia pasti dapat melukis senyuman indah pabila si dia menerimanya.
Swarovski, jenama barangan kemas yang sememang terkenal dengan gemerlapan batu kristal tampil dengan kempen terbaharu BRILLIANCE FOR ALL sempena musim luruh, sejuk serta ditambah musim percutian.
Diarah dan dirakam oleh Santiago & Mauricio, kempen Swarovski kali ini dibintangi oleh Duta Jenama iaitu Karlie Kloss serta beberapa penampilan model khas lain yang hadir dari serata dunia termasuklah Candice Huffine, Maria Borgez dan Mona Mastsuoka sebagai temannya.
Melalui jalan cerita untuk kempen musim ini, ia menceritakan yang mana Karlie bersama rakan-rakannya menerokai pelbagai cara untuk tampil versatil dan berkongsi koleksi Swarovski antara satu sama lain demi untuk menonjolkan aura 'brilliance' masing-masing.
Ia bermula dari realiti kehidupan memasuki alam fantasi, mereka cuba mengekspresikan bagaimana mereka mampu menguasai siang dan malam serta peluang menghadiahkan sebagai satu perkara yang luar biasa.
Kempen Swarovski musim ini dirakam di New York. Ia mencerminkan tentang keajaiban, fleksibiliti dan kegembiraan yang jenama terkenal ini ingin gambarkan.
Pada masa yang sama, kepercayaan terhadap lebih gemerlapan adalah satu cara untuk jadikan dunia 'brilliance' tidak kira bagi mereka yang berkongsi kilauan itu mahupun mereka yang menerimanya.
Kali ini, Swarovski menampilkan koleksi terbaharu untuk musim luruh.
Produk ini juga boleh didapati di Zalora.