Sempena meraikan Hari Wanita Sedunia bulan Mac lalu, EH! berkerjasama dengan jenama pakaian dalam wanita, La Senza, mengiktiraf 10 selebriti wanita EH!.
International Women’s Day atau Hari Wanita Sedunia disambut secara global setiap tahun pada 8 Mac untuk meraikan kesaksamaan perjuangan wanita. Sempena hari istimewa ini, EH! telah bekerjasama dengan jenama pakaian dalam wanita, La Senza, meraikan 10 selebriti Malaysia dengan paparan ilmu pengetahuan dan koleksi terkini yang dilancarkan di Pavillion, Kuala Lumpur.
Bertemakan gaya seksi merah jambu, diisi dengan keseronokan gelak tawa selebriti yang menikmati paparan ilmu menghiburkan Hari Wanita Sedunia. Kesaksamaan perjuangan wanita yang tinggi dan etika harian yang sibuk, memerlukan wanita untuk bergerak pantas tanpa batas. La Senza, pakaian dalam wanita dari Kanada menawarkan pakaian dalam intim dan peribadi khas buat wanita, dari rangkaian pakaian tidur yang selesa dan terkini menepati ciri wanita seksi dan tampil yakin.
4 koleksi intim La Senza, hadiah sesuai buat si Dia yang bergelar wanita, Selamat Hari Wanita.