Plaid pada baju? Cute. Plaid pada rambut? Now, that’s creative!
Nampaknya eksperimen rambut akhirnya sudah keluar pada zon selesa. Kalau dulu warna rambut sudah cukup mencuri perhatian, kini ada yang sanggup menjadikan kepala sendiri sebagai mini canvas untuk menghasilkan corak, bentuk dan warna yang luar biasa.
Salah satu yang sedang mencuri perhatian ialah plaid hair, dan percayalah, ia bukan sekadar rambut warna-warni yang biasa.
Rambut Anda, Namun Digayakan Secara Fesyen
Bayangkan corak kemeja flannel kegemaran anda, tetapi bukannya dipakai di badan malah ia dilukis terus pada rambut.
Plaid hair menggunakan garisan horizontal dan vertical yang bersilang untuk menghasilkan corak checkered atau tartan. Dengan gabungan warna yang berbeza, rambut boleh kelihatan seperti mempunyai tekstur woven yang biasanya kita jumpa pada fabrik.
The fun part? Tiada satu cara sahaja untuk melakukannya.
Ada stylist yang menggunakan teknik colouring untuk menghasilkan blok dan garisan warna, manakala rambut pendek atau fade boleh diukir dengan clipper dan razor untuk mencipta geometric pattern yang lebih sharp.
Kalau mahu vibe yang lebih grunge, warna seperti merah, hitam, hijau atau biru boleh digunakan untuk meniru classic flannel.
The Real Challenge? Keeping It Sharp
Sudah tentu, masterpiece seperti ini bukan sekadar “sapu warna and done.”
Untuk mendapatkan corak yang kemas, rambut perlu dibahagikan dengan sangat precise supaya setiap garisan bertemu pada tempatnya. Lagi complicated corak, lagi banyak precision diperlukan.
Dan seperti kebanyakan graphic hair designs, maintenance memang tidak boleh dilupakan. Bila rambut mula tumbuh, garisan yang tadinya crisp boleh mula hilang bentuk. Jadi touch-up setiap beberapa minggu mungkin diperlukan untuk keep the artwork looking fresh.
When Your Hair Becomes The Outfit
Apa yang menarik tentang trend ini ialah rambut tidak lagi sekadar pelengkap kepada outfit. Rambut itu sendiri boleh menjadi satu statement.
Plaid hair mungkin bukan untuk semua orang, tetapi itulah niatnya. Dalam dunia beauty yang semakin terbuka kepada eksperimen, siapa kata rambut perlu sentiasa nampak “normal”?
Insiprasi Rambut Plaid
Masih tak percaya rambut boleh jadi kanvas? Jom lihat beberapa inspirasi plaid hair menarik dari TikTok dan Instagram di bawah. Mana tahu, salah satu look ini boleh jadi inspirasi untuk eksperimen rambut anda yang seterusnya!
@sashwaghanda
Artikel Berkaitan: Good Hair Starts With Good Food! Ini Makanan Yang Boleh Bantu Anda
