Halima Aden are the OGs. Dialah antara model bertudung yang pertama mencipta nama dalam lapangan fesyen antarabangsa. Penerimaan Halima dalam fesyen telah membuka ruang dan peluang buat model-model hijab dan Muslim berdiri sebaris model-model lain. Vogue loves her. The designers loves her. The editors loves her.
Halima ibarat muse fesyen buat semua nama-nama besar dalam industri fesyen. Anna Wintour, Carine Roitfeld dan Edward Enninful sangat menyukai Halima sebagai model. Wajah Halima sudah beberapa kali ditampilkan pada muka hadapan majalah Vogue dan editorial berkonsepkan ‘high fashion’.
Kemunculan awal Halima adalah sewaktu dia melewati pementasan Kanye West’s Yeezy dan lantas disunting rumah fesyen lain untuk dijadikan model dan wajah kempen. Namanya menjadi sebutan dan kerjaya fesyennya bertambah rancak lagi dengan wujudnya media sosial seperti Instagram dan YouTube. Yang mana memberinya landasan untuk menyebar pengaruh positif buat para pengikutnya. People loves her too! Namun, beberapa hari lepas, Halima berkongsi dalam post Instagram-nya, mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya fesyen, spesifiknya ‘runways model’. We are shocked!
Halima meluahkan pendapat peribadi dan pengalamannya bekerja dalam dunia fesyen. Menurutnya lagi, keputusan ini dibuat secara baik kerana padanya terdapat beberapa tugas dalam fesyen yang pernah dilakukannya, sedikit sebanyak melanggar kepercayaannya terhadap agama Islam. Ada beberapa ketika sewaktu bekerja, Halima terpaksa melakukan perkara yang melanggar agamanya.
Dalam wawancara tersebut, Halima ditemani ibunya dan mereka berdua kelihatan rancak berbual sesama mereka. Ada beberapa kali menunjukkan bahawa ibunya kurang bersetuju terhadap penglibatan Halima sebagai model. Adalah kemungkinan Halima terpaksa menuruti permintaan ibu dan keluarganya untuk berhenti bekerja sebagai model?
Walau bagaimanapun, berita penguduran diri Halima dari dunia fesyen tersebut mendapat perhatian dan sokongan banyak pengikut. Supermodel, Naomi Campbell turut meninggalkan komen positif dengan mengatakan “proud of you for staying true to your integrity”.
Pengunduran Halima dari dunia fesyen pastinya meninggalkan kesan yang besar. Diharapkan Halima akan terus aktif melakukan kerja-kerja amal bersama UNICEF dan sebagainya serta menabur inspirasi buat semua terutamanya anak-anak muda. Pun begitu, kita tidak akan lupa momen-momen ikonik Halima yang pernah ‘dipersembahkannya’ kepada dunia fesyen sepanjang bergelar model.
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Fail Gaya Lisa BLACKPINK