Penyanyi paling prolifik, Taylor Swift baharu menyambut ulangtahunnya yang ke-32. EH! mahu menyingkap 8 gaya terbaiknya sepanjang dia bergelar penghibur terhandal dunia!
Taylor Swift di acara Time 100 memilih gaun pastel merah jambu berbalas kuning rekaan J Mendel.

Lebih sensual dengan gaun plunging Alexandre Vauthier yang dipakai ke acara after party Vanity Fair buat Oscar 20216

A real-life disco ball! Penyanyi hadir ke American Music Awards 2018 dalam persalinan Balmain.

Taylor menunjukkan sisi klasik di acara karpet merah MET Gala 2014 dengan memilih gaun Oscar de la Renta.

Lebih fun dengan gabungan dua pop rona ilham Atelier Versace di acara Grammy Awards 2016.

Sparkling in Miu Miu buat Brits Awards 2021 di London.

Antara penampilan cool ala gadis New York, Swift dalam persalinan Monse

Belle of the ball, TayTay memilih gaun merah daripada Elie Saab. Lantas memancarkan gaya lebih matang daripadanya.

Pautan Berkenaan: Sambutan Akhir Tahun, Bergirang Bersama Kate Spade