Acara #MetGala tahun ini menampilkan bintang-bintang tersohor dunia yang mana majoriti memilih untuk hadir dengan penampilan yang cukup mewah ditambah pula headpiece yang menyempurnakan look masing-masing.
Seperti biasa pabila tibanya acara berprestij ini, apa yang ditunggu-tunggukan adalah himpunan look barisan selebriti yang hadir dengan gaya yang elegan dan menarik perhatian lensa kamera.
Tidak dinafikan yang pada tahun ini, rata-rata selebriti tampil dengan persalinan dan aksesori yang paling win dan avant-garde. Selain dari busana mewah dengan sarat manik serta labuci dan train panjang pada bahagian skirt, majoriti memilih untuk menambah aksesori kepala yang berpadanan dengan stail.
EH! himpunkan di bawah bintang-bintang Amerika Syarikat yang tampil dengan headpiece terbaik di Met Gala 2018.