Aplikasi Instagram dan TikTok adalah sumber fesyen terbaik dalam waktu sekarang. Kita senang dekati stail mereka melalui pemakaian dalam perkongsian post yang memuatkan feed #OOTD (outfit of the day), IG Story mahupun berkongsi posting ‘challenge’ yang dipaparkan dalam akaun TikTok masing-masing.
Selalunya, styling mereka tidak dirancang, namun ia mampu bertindak sebagai trend dan ikutan pengikut-pengikut mereka. Secara tak langsung, trend baru tercetus. Anak-anak muda banyak merujuk fesyen baharu melalui medium ini. Pengaruh fesyen mereka sangatlah tinggi.
Selain dapat tahu stail peribadi, pada perspektif pengikut-pengikut mereka, ketampanan dan keunikkan rupa paras yang dimiliki sudah cukup menjadi penanda aras. Sifat ‘cheeky’ dalam TikTok yang memikat menambah lagi kegilaan terhadap mereka. Anak-anak muda selalu mahu ambil tahu tentang mereka. Kehidupan harian mereka menjadi bualan, maka itu meningkatlah jumlah pengikut dan ‘likes’ di semua akaun media sosial milik mereka.
Sudah pun berada di penghujung 2020 ini, selayaknya diakui barisan nama dan wajah tersebut dianggap mencetus ‘kegilaan’ baharu. ‘Posting’ mereka dinanti. Tak kurang juga yang giat meninggalkan komen dengan ‘memaksa’ lelaki-lelaki pujaan mereka untuk segera post gambar terbaharu.
Mereka selayaknya dianggap ‘heartthrob’ era baharu, yang mana bukanlah dari golongan selebriti sepenuhnya, sebaliknya di kalangan orang biasa yang lebih dikenali sebagai ‘influencer’. Selain mencetus obsesi tersendiri, ‘heartthrob’ ini juga pandai berfesyen.
Pemakaian mereka menyimbolkan identiti lelaki generasi baharu. ‘Heartthrob’ di Malaysia tidak kurang juga memiliki impak tersendiri. Bijak berfesyen merupakan kecirian penting mereka. Sentiasa tampil ‘on point’ pabila mahu bergambar. Lengkap sepersalinan yang disertakan kasut dan banyak aksesori lain sebagai penonjol imej. Siapakah yang EH! rasakan ‘heartthrob’ era baharu juga pandai berfesyen?