Teks : Muzammin Muzlan
Pereka fesyen Perancis itu akan menggantikan Phoebe Philo selaku Pengarah Kreatif, Artistik dan Imej terbaharu Celine.
Dunia fesyen dunia digegarkan dengan berita perlantikan Hedi Slimane sebagai Pengarah Kreatif, Artistik dan Imej terbaharu Celine. Berita itu diumumkan oleh LVMH semalam dan terus tular di media sosial. Kerusi itu dikosongkan oleh Phoebe Philo selepas melepaskan akhir tahun lalu.
Hedi Slimane bukanlah nama asing dalam industri fesyen antarabangsa. Dia adalah bekas pengarah krearif di Dior Homme dan Saint Laurent . Bermula Februari ini, Hedi Slimane akan menyuntik estetika baharu pada rumah fesyen ikonik Perancis itu dengan memperkenalkan koleksi lelaki, himpunan couture dan juga wangian. Koleksi pertamanya akan dipentaskan ketika Minggu Fesyen Paris pada September nanti.
Pereka fesyen Perancis itu akan menggantikan Phoebe Philo selaku Pengarah Kreatif, Artistik dan Imej terbaharu Celine.