Pereka, Heron Preston menyajikan koleksi kapsul keduanya buat Calvin Klien dengan cetusan idea bersifat sustainable essentials.
Heron Preston kembali ke Calvin Klien dengan mereka koleksi kapsul kedua yang berteraskan kelestarian. Di dalam koleksi musim keduanya buat jenama penting New York ini, turut menyelitkan idea baharu tentang Americana. Dia menggabungkan idea gaya jalanan pada mood Calvin Klien bersama pemilihan fabrik yang lebih menjaga alam.
“Buat musim luruh, kami mahu memperkenalkan material baharu dan dikaji lebih mendalam. Agar ia lebih tahan lama dan masih menarik. Ia memberikan rasa lebih moden. Apa yang saya sukakan pada koleksi musim kedua ini adalah sifat kepelbagaian yang dimiliki oleh setiap rekaan dengan opsyen staail yang berbeza. Boleh dikecapai melalui layering yang kami reka melalui koleksi ini,” ujar Heron Preston.
ITEM PILIHAM EH!
Pautan Berkenaan: Dari Pentas Peragaan Ke Kaca Televisyen, Transisi 5 Bintang K-Drama Yang Bermula Sebagai Model Peragaan