Menjadikan aktiviti garage sebagai sumber inspirasi, maka terlahirlah Gucci Garage! Space digital baru Gucci yang diilhamkan oleh kelompok kreatif garaj yang sering menjadi lokasi terbuahnya idea kreatif gila-gila!
Melalui aplikasi Gucci, ruangan baru ini menjadi sumber tabik sebagai tempat untuk bermain game, mempertontonkan cerita pendek juga tempat untuk mencuba kasut secara alam maya! Allesandro Michele juga melancarkan kasut virtual Gucci pertama yakni Gucci Virtual 25! Kasut yang bercita rasa 80-an ini dipenuhi dengan rekaan yang berimaginasi tinggi serta sentuhan teknologi tinggi. Ia hanya boleh dibeli melalui Gucci Garage dan menjadi taruhan buat persona digital masing-masing. Hubungan baru antara Gucci dan gamers ini akan lebih kuat apabila kasut Gucci Virtual 25 bakal terjual melalui Aglet.
Kepuasan para gamers akan menjadi lebih kerana di platform Gucci Garage juga membolehkan mereka mereka kasut sneakers idaman masing-masing. Letaklah segala idea gila-gila, paduan rekaan kasut Gucci menjadi satu! Dimensi baru ini meletakkan lagi Gucci sebagai jenama yang mahu pecintanya lebih bebas berkarya. Tentu sekali, Gucci turut menjemput para artis seni global untuk membina kasut idaman mereka secara maya! Antara yang menghasilkan kasut Gucci di platform Gucci Garage adalah rakan rumah jenama ini Trevor Andrew, Helen Kirkum, Michael Cutini, Mattias Gollin, Rudy Lim, Bodega Rose, Haram With Sugar, Ghica Popa, Jemma Mason, Christopher Chan, Pix Sellers dan Delphine Dénéréaz.