Dalam seluruh dunia dilanda kesuraman wabak Covid-19, dan banyak negara sudah pun melancarkan perintah berkurung dan kawalan pergerakan. Kita di Malaysia sendiri sudah menjalani perinatah kawalan pergerakan lebih dua minggu. Dan sepanjang PKP ini bermacam-macamlah yang dikongsikan di media social, ada yang memasak, bersenam di rumah dan bermacam-macam lagi. Tapi satu yang pasti ramai yang meluangkan masa dengan ruang maya. Saya antara orang yang tidak terlepas meluangka masa dengan internet. Selain melayan Twitter untuk update dengan berita Covid-19, saya juga kerap membuka portal online shopping. Bukanlah hendak membeli (sebab kita kena berjimat pada waktu kritikal seperti ini), tapi sekadar mahu menjamu mata sambil menyeronokan jiwa dengan melihat kreasi cantik-cantik.
Musim ini banyak koleksi juga kempen fesyen yang lawa-lawa. Antara yang saya suka ialah Dior, ia seiring dengan jiwa saya nan serba ringkas. Musim ini Pengarah Kreatif Dior, Maria Grazia menjadikan Catherine Dior iaitu adik kepada Christian Dior sebagai subjek ilhamnya. Catherine Dior pada waktu hidupnya banyak menghabiskan masa di taman milik keluarga Dior. Malah jika anda mahu tahu minyak wangi Miss Dior itu diinspirasikan daripada dirinya. Jadi himpunan musim ini penuh nostalgia. Kempen Dior musim ini cukup ringkas, tiada solekan yang terlalu menjerit, latar belakangnya juga polos dan tidak disimbah rona terang, lembut dan redup mata memandang.