Anggun sempurna di pagi raya, pesona terserlah di sebalik kemewahan busana. EH! kongsi ilham fesyen buat anda untuk tampil bergaya di lebaran nanti dari koleksi raya label fesyen terkenal tempatan untuk tahun lalu.
ALIA BASTAMAM
Susunan lipatan lisu menyerlahkan gaya kurung moden. Alunan imaginasi kimono menyuntik gaya minimalis Aidilfitri. Cincin dempak dalam paten bentuk pelbagai, Gucci.