ADILA LONG
Gugusan bunga kecil sarat melitupi dada mencipta gaya raya masa kini. Kurung moden fabrik broked bunga emas direka membentuk inspirasi siluet bunga pada bahagian pinggang. Tidak ketinggalan kain polos hitam disemat kuntuman bunga halus. Anting-anting labuh mutiara dan cincin bersegi mutiara, Salvatore Ferragamo.