Paris Fashion Week 2017 telah berlangsung dengan jayanya sepanjang minggu lalu. Selain dari fesyen runway, gaya jalanan di kota fesyen itu juga dinantikan ramai untuk inspirasi gerobok fesyen.
Tatkala berlangsungnya minggu fesyen di Paris, boleh kata setiap lensa kamera menyelusuri lorong-lorong di kota yang kaya dengan aura fesyen itu untuk merakam setiap gaya yang diketengahkan masyarakat di sana yang seakan turut serta memeriahkan Paris Fashion Week.
Buat yang mencari identiti atau stail yang lebih up-to-date, EH! himpunkan gaya jalanan di minggu fesyen Paris 2017 buat inspirasi anda.