Koleksi DaiyanTrishaxClarks, rekaan nan sofistikated dan keselesaan bersenyawa sempurna. Semestinya himpunan ini menjadi sanjungan wanita yang inginkan penampilan penuh karisma, berkeyakinan dan tahu menghargai nilai dirinya. Setiap hayunan langkah diiringi aura istimewa.
Daiyan Trisha, ‘The It Girl‘ yang sangat pentingkan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan peribadinya seumpama Clarks, hanya mengutamakan kualiti, keselesaan selain rekaan yang stylish.
Dan koleksi musim luruh/sejuk 2023 ini adalah kolaborasi ketiga pelantun lagu ‘Penat’ ini bersama Clarks. Definisi dan idea Daiyan tentang sepatu yang bukan sahaja cantik malah selesa menjadi realiti, gabungan antara dinamik For The World Ahead yang ikonik bersama jenama kasut terkenal British kini bakal dilancarkan di seluruh stor fizikal Clarks Malaysia.
Seperti yang dijangkakan, koleksi sepatu baharu ini memberi perhatian khusus pada idea gaya santai. Koleksi ini mempersembahkan gabungan yang sempurna antara cita rasa fesyen Daiyan Trisha yang unik dan reka bentuk klasik yang menjadi ciri khas Clarks. Sepatu-sepatu dalam koleksi ini adalah contoh yang baik untuk keseimbangan yang disempurnakan antara reka bentuk yang santai namun tetap punya elemen anggun.
Dengan pilihan warna yang menarik dan corak yang segar, setiap pasang kasut menjadi satu karya seni yang boleh digayakan dalam pelbagai acara. Koleksi ini menawarkan variasi rekaan kasut yang sesuai untuk pelbagai acara termasuk slip–on yang ringan untuk gaya harian, kasut but yang elegan dengan perincian lubang kemas dan kasut tumit rendah yang serbaguna untuk penampilan yang lebih formal dan sentuhan artisitik yang menggambarkan keperibadian Daiyan sendiri. Dengan pelbagai pilihan, koleksi ini membolehkan anda mengekspresikan gaya dalam apa jua acara serta di mana-mana sahaja.
Warna-warna yang dipilih juga versatil, termasuk warna hitam yang elegan, coklat yang hangat dan warna-warna pastel yang menyuntik elemen segar. Amat mudah digayakan dan menjadi pilihan yang serasi dengan pelbagai padanan helaian pilihan anda.
Keanggunan kasual dalam koleksi ini juga datang dengan komitmen terhadap keselesaan yang tiada bandingan. Clarks telah lama menjadi pilihan ramai pencinta kasut yang mengutamakan keselesaan. Menerusi kolaborasi ini, Daiyan Trisha dan Clarks berjaya menggabungkan reka bentuk yang memikat hati dengan teknologi pembuatan yang mengutamakan keselesaan. Setiap langkah menjadi begitu ringan dan selesa, membolehkan anda bergerak dengan yakin dalam setiap situasi.
Sebagai seorang anak seni yang sibuk dengan jadual yang padat, Daiyan akan memilih Orinoco2 Style (RM599) untuk menonjolkan personalitinya dan mengutamakan teknologi keselesaan seperti tapak kasut yang empuk dan penyerapan hentakan yang sesuai dengan bentuk kaki. Cukup selesa, kaki pasti tidak mudah letih atau mengalami tekanan yang tidak menyelesakan.
Sepatu rendah berlitup warna hitam, Daiyan memilih NYTA45 JAZZ (RM549) untuk majlis santai dan acara intim, menonjolkan gaya keanggunan kasual yang mampu memberi stail santai namun tetap terlihat sofistikated. Dia sering memadankan dengan helaian kasual seperti kardigan, jeans dan baju-t, mencipta gaya yang sangat effortless.
Antara yang menarik perhatian, (dari kiri) STAYSO EDGE (RM599), FREVA85 COURT (RM469), TORHILL BEE (RM529) dan UBREE15 STEP (RM429) yang memaparkan ton hangat dengan perincian elegan, tapak kasut statement dan material sepatu yang selesa, sesuai dengan penampilan harian yang lasak mahupun santai.
Koleksi kolaborasi Daiyan Trisha x Clarks hadir dengan 10 rekaan yang sesuai dengan setiap gaya. Ia menampilkan gaya sofistikated dan praktikaliti, koleksi unggul untuk wanita yang inginkan penampilan penuh karisma dan berkeyakinan.
Koleksi ini akan tersedia untuk pembelian di seluruh stor fizikal Clarks di seluruh Malaysia mulai hari Rabu, 25 Oktober 2023 dan stor dalam talian Clarks Malaysia DISINI. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Baca: Clarks Workshop Pertama Kini Di Suntec City, Singapura