Dari penulis kanan gaya hidup Eh!, Hafizan Mohd yang memberi penjelasan sebenar tentang sub budaya yang semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda sekarang ini. Apa yang boleh di lihat terutamanya di Instagram, masing-masing berlumba muat naik gambar ‘outfit of the day’ atau OOTD yang paling cool atau mungkin paling hipster? Kata Hafizan, hipster sebenarnya hanyalah untuk lelaki.
Sifat-sifat lelaki hipster sebenar ialah:
- Peggemar seni, sastera dan suka mengembara
- Penggemar kopi dan bukannya bubble tea
- Jarang membeli-belah terutama pakaian
- Lebih selesa berjalan, berbasikal atau menggunakan pengangkutan awam
Gambar: Ikon hipster 1940-an, Chet Baker
Trustafarian ialah mereka yang hidup dalam dunia kemewahan dan sering dikait rapat dengan dunia fesyen secara umumnya. Sub budaya yang yang sedang berlaku sekarang ini ialah hasil campur aduk ideologi hipster dan trustafarian yang digelar ‘Hippies Trustafarian’. Contoh paling mudah ialah Chuck Bass dalam siri Gossip Girl atau paling dekat teman-teman kamu yang merasakan dirinya Hipster, hakikatnya mereka ialah Trustafarian.
Untuk teks selanjutnya tentang Hipster, semuanya dalam Majalah EH! edisi Ogos.