H&M melancarkan kempen perayaan Tahun Lunar, dengan menampilkan variasi wajah sebagai penghias kempen. Untuk musim ini, H&M meraikan tema keindividuan dan kepelbagaian melalui konteks fesyen. Beberapa wajah baru yang pertama kalinya ditampilkan untuk H&M, seperti Wang Shuang (pemain bola sepak wanita), Lamuyangzi (fesyenista), David Yang (model dan penyanyi), Xiao Jie (penyanyi hip hop) serta anaknya, disatukan dalam kempen tersebut. Kemeriahan kekeluargaan dinyatakan jelas melalui penghasilan kempen ini.
Mengambil inspirasi dari kebudayaan sambutan Tahun Baru Cina, latar kempen mengisahkan memori-memori indah ketika pulang ke kampung sewaktu sambutan perayaan terbesar itu. Tema kepelbagaian yang diberi tajuk “Connect All Differences”, menggabungkan esen asal H&M berserta diversifikasi yang merupakan faktor penting dalam memperkukuhkan industri fesyen sekarang.
Dalam kempen tersebut, bakat-bakat dari latar belakang yang berbeza, berkongsi rasa dan harapan yang sama yakni bersama meraikan kepelbagaian dalam apa jua bentuk. Keunikkan pada dirilah, yang menjadi kebanggaan buat diri sediri. Lagu klasik “You Got The Love” dipilih sebagai ‘soundtrack’ untuk kempen ini, yang telah digubah dalam rentak yang lebih moden, seiring dengan era baharu. Pemilihan lagu tema tersebut, mengukuhkan lagi konsep yang ingin diraikan, secara tak langsung menyampaikan mesej “Connect All Differences” secara halus.
Menawarkan himpunan yang bersifat perayaan, koleksi dedikasi Tahun Baru Cina ini, merangkumi pakaian sedia pakai dan aksesori beragam untuk lelaki, perempuan, remaja dan kanak-kanak. Yang boleh didapati di 15 seleksi stor H&M terpilih juga pembelian online di hm.com.
Artikel berkaitan: Yrsa Daley-Ward Bantu Bina Semangat Cintakan Diri