Sempena musim perayaan yang bakal tiba nanti, H&M buat pertama kali melancarkan koleksi Raya yang menampilkan Scha Alyahya sebagai wajah untuk kempen ini.
H&M melancarkan rangkaian koleksi baru yang dipanggil H&M LTD Collection. Koleksi ini memfokuskan kepada ceraian fesyen yang moden dan elegan buat musim panas dan bunga seperti dress floaty labuh dan dilapisi set yang fabrik yang berangin dan cool untuk wanita versatil, bersama mini-me dresses dan aksesori untuk kanak-kanak.
Kunci utama untuk wanita termasuklah dress gaya kaftan yang chic, skirt statement panjang dan ruffled blouse atau top tunik dengan celana koordinat.
Terdapat juga sulaman rumit di bahagian sisi baju, cetakan berbunga yang berkilau dan berfabrik lembut serta jacquard menakjubkan.
Sejajar dengan pelancaran koleksi Raya buat pertama kali ini, jenama fesyen gergasi ini memilih selebriti Malaysia serta ikon fesyen iaitu Scha Alyahya sebagai wajah kempen Raya ini yang mana menjadi muka untuk kedua-dua rangkaian iaitu LTD dan koleksi Summer.
“Saya sebenarnya seorang peminat besar H&M. Jadi saya agak teruja pabila berpeluang untuk menjadi sebahagian dari kolaborasi istimewa ini. Ceraian dari koleksi LTD adalah sangat chic dan boleh digayakan dengan aksesori yang sesuai serta ia boleh dipakai tidak kira di mana-mana majlis ketika bulan perayaan nanti. Saya tidak sabar untuk berkongsi beberapa pilihan kesukaan saya dari koleksi ini pada peminat!” ujar Scha.
Raya Picks by Scha Alyahya dari H&M bakal mula berada di pasaran bermula 24 Mei ini. LTD Collection bakal secara eksklusif berada di H&M Lot 10 dan H&M 1 Utama, manakala Summer Collection boleh didapati di semua stor H&M.