Sarung koleksi Regal Raya dari Larney kala menyambut kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba. 15 rekaan eksklusif dengan pelbagai fabrik, tekstur dan warna bakal membuat anda rambang mata!
Larney mempersembahkan koleksi baru bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun 2022 bertemakan Regal Raya. Kempen penuh glamour ini mengandingkan dua jelitawan, Fyza Kadir dan Whulandary Herman dengan mesej optimis yang lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri bersesuaian dengan situasi post-pandemic dunia.
Sebagai jenama yang amat mengutamakan kepuasan pemakai, koleksi Regal Raya ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar dari segi luaran dan dalaman. Gaya yang anggun, rapi dan hebat jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi pasti menaikkan seri gaya Aidilfitri. Ini juga bertepatan dengan pemilihan Fyza dan Whulandary sebagai wajah kempen ini kerana kedua-duanya adalah inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Masih mengekalkan estetika Larney yang terkenal dengan gaya feminin, sofistikated dan mewah, jenama ini mempersembahkan rekaan klasik yang dimodenkan dengan meneroka silhouette warisan lama namun diberi nafas baru.