15 rekaan yang baru diperkenalkan tahun ini hadir dalam pelbagai warna dan antaranya adalah rekaan santai seperti kaftan atau kurung Kedah, sehinggalah rekaan yang lebih dramatik dan moden yang sememangnya sudah sinonim dengan jenama ini.
“Tahun ini, Larney memperkenalkan buat pertama kali rekaan pleats untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi atau high neck abaya”. kata Zura Zabidi, pengasas dan pengarah kreatif Larney.
Menggunakan pelbagai fabrik daripada sutera satin, exquisite neat pleats, kain kapas sehinggalah kain crepe, bercorak eksklusif serta sulaman (embroidery) premium dari seluruh dunia yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya bahawa Regal Raya akan diterima baik oleh wanita dan dapat menarik peminat-peminat generasi baru bukan sahaja kerana rekaannya namun mesej positif yang ingin disampaikan.