Hunter Schafer punya banyak topi yang dipakai olehnya. Bermula sebagai seorang model kemudiannya menjadi pelakon serta aktivis. Tidak lupa duta buat jenama kecantikan. Membesar di Arizona, tapi lahirnya di Raleigh, North Carolina. Di North Carolina, pelakon ini pernah menyaman negari itu atas peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Dia menolak yang semua orang di sana hanya boleh menggunakan tanda mengikut jantina di sijil kelahiran. Schafer adalah trans-wanita.
Sebelum menjadi aktivis, Schafer terlebih dahulu meminati dunia fesyen. Dia berangan menjadi pereka fesyen. Sudah hampir belajar di Central Saint martins, namun rezeki lain yang muncul. Dia debut menjadi peragawati buat Marc Jacobs pada 2018. Terus nama melonjak dan menjadi penyeri di Miu Miu, Rick Owens, Coach dan Vera Wang. Bukan orang fesyen sahaja yang jatuh hati dengannya. Shiseido menjemput Schafer sebagai duta baru mereka.
Apabila tugasan runway berehat, Hunter Schafer mencuba nasib dihadapan TV pula. Euphoria yang ditayangkan di HBO menjadi debut lakonannya. Watak sebagai Jules dalam siri Euphoria tiu bagaikan menghidupkan kisahnya juga. Jules juga adalah trans-wanita yang berkawan rapat dengan Rue. Dalam realiti kehidupan, Schafer juga berteman rapat dengan wanita. Tahun ini dia disenaraikan dalam 30 Under 30 oleh majalah Forbes.
Pautan Berkenaan: Fail Gaya Lisa BLACKPINK