Apabila beg menjadi titik tumpuan, gaya yang paling sederhana sekalipun boleh tampil lebih berkarakter. Jadi, antara enam beg Coach musim luruh ini, mana satu paling menepati aura Main Character anda?
Kini, beg bukan lagi sekadar aksesori untuk melengkapkan gaya, malah menjadi antara elemen utama yang mencerminkan personaliti dan cita rasa seseorang. Sama ada anda lebih gemar rekaan minimalis yang versatil atau statement piece yang berani dan mencuri perhatian, setiap beg mempunyai karakter tersendiri yang mampu menyerlahkan gaya peribadi anda.
Musim Luruh ini, beg statement menjadi antara signature style Coach yang paling mencuri perhatian, hadir dalam pelbagai tekstur, kemasan kulit dan siluet ikonik. Setiap rekaan direka untuk digayakan dalam pelbagai cara mengikut personaliti, mood dan gaya anda. Ini bukan sekadar beg untuk melengkapkan penampilan, tetapi aksesori yang mampu menjadi titik tumpuan kepada keseluruhan gaya.
Jika anda sedang mencari pelaburan fesyen seterusnya, mungkin sudah tiba masanya untuk memberi ruang kepada salah satu daripada enam rekaan ini dalam koleksi anda.
Beg Coach Pilihan EH!
Suede Tabby Shoulder Bag 26 Magenta


Menghidupkan kembali DNA Coach dari era 1970-an dalam interpretasi yang lebih moden, Tabby Shoulder Bag 26 hadir dengan siluet berstruktur yang cukup elegan. Gabungan suede quilted yang lembut dan natural grain nappa leather memberikan tekstur yang kaya, manakala Signature hardware ikonik Coach menambah sentuhan klasik yang membuatkan rekaan ini begitu tersendiri.
Apa yang saya suka, saiznya yang kompak tidak mengorbankan versatiliti. Dengan dua tali yang boleh ditanggalkan, Tabby 26 boleh dibawa di tangan, disandang pendek di bahu atau digayakan secara crossbody. Satu rekaan, tiga cara gaya dan setiap satunya memberikan karakter yang berbeza. Pada saya, ini jenis beg yang cukup klasik untuk kekal relevan, tetapi masih mempunyai daya tarikan moden dengan rona yang menangkap mata untuk menjadi statement piece musim ini.
Saiz: 25.5cm (L) x 14cm (H) x 6.5cm (W)
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Dompet kecil
- Airpods
- barangan solekan asas
- Kunci
Material: Suede quilted dan natural grain nappa leather
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Warna magenta yang bold, cukup menyerlah untuk menjadi titik tumpuan, terutama apabila digandingkan dengan outfit dalam rona neutral atau pastel.
- Tekstur suede yang mewah, kemasan quilted memberikan dimensi pada beg dan menjadikannya lebih menarik secara visual.
- Versatil untuk digayakan, boleh dibawa dengan tangan, disandang di bahu atau dipakai secara crossbody, mengikut mood dan gaya.
- Statement piece yang effortless, walaupun siluetnya klasik, rona magenta memberikan sentuhan moden dan karakter yang kuat pada keseluruhan look.
- Mudah menaikkan gaya, padankan sahaja dengan outfit ringkas dan biarkan beg ini menjadi watak utama.
Harga: RM2,550
Idea Styling EH!

Untuk look ini, layering hadir dalam pendekatan yang lebih soft, feminin dan effortless. Padanan top putih berlapis dengan skirt biru pastel dan jeans wide-leg mencipta dimensi pada keseluruhan gaya tanpa kelihatan terlalu sarat. Sneakers dan topi pula mengekalkan mood santai dan youthful.
Sebagai pelengkap, beg Coach berona magenta menjadi statement utama. Rona yang bold cukup untuk mencuri perhatian di antara palet warna yang lembut, membuktikan bahawa beg statement boleh menjadi pop of colour yang menghidupkan keseluruhan look.
Tip gaya: Kekalkan pakaian dalam rona lembut atau neutral, kemudian biarkan beg tampil dengan warna yang lebih berani.
Crystal Signature Tabby Shoulder Bag 20


Mengambil inspirasi daripada rekaan arkib Coach era 1970-an, Crystal Signature Tabby Shoulder Bag 20 hadir dengan siluet berstruktur yang ikonik dalam versi yang lebih kecil dan feminin. Gabungan natural grain leather bersama Signature jacquard yang dihiasi kristal berkilauan memberikan rekaan ini sentuhan glamor yang cukup mempesona tanpa kelihatan berlebihan.
Dengan saiz yang lebih petite berbanding Tabby 26, saya rasa beg ini sesuai untuk anda yang gemarkan aksesori kecil tetapi tetap mahu ia menjadi statement. Dua tali boleh tanggal membolehkan ia dibawa di tangan, disandang pendek di bahu atau digayakan secara crossbody. Lengkap dengan signature hardware, rekaan ini memberikan keseimbangan sempurna antara klasik, glamor dan moden, jenis beg yang boleh terus menghidupkan look walaupun anda memilih outfit yang paling minimal.
Saiz: 20cm (L) x 10.5cm (H) x 5.5cm (W)
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Airpods
- Lipstick atau barangan solekan asas
- Kunci
Material: Signature jacquard
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Kilauan kristal yang memikat, signature jacquard berhiaskan kristal memberikan sentuhan glamor yang terus mencuri perhatian.
- Petite tetapi penuh karakter, saiznya yang kecil menjadikan beg ini pilihan ideal untuk anda yang mahukan statement piece tanpa terlalu sarat.
- Mudah digayakan, tiga cara pemakaian membolehkan anda membawanya di tangan, di bahu atau secara crossbody.
- Klasik dengan sentuhan moden, siluet Tabby ikonik digabungkan dengan kemasan berkilauan untuk gaya yang lebih kontemporari.
- Elevate gaya dalam sekelip mata, cukup dengan outfit minimal, biarkan beg ini menjadi fokus utama.
Harga: RM2,550
Idea Styling EH!

Look ini membawa pendekatan yang lebih feminin, polished dan playful, dengan layering yang bermain pada kombinasi tekstur dan aksesori. Blouse putih berstruktur lembut dipadankan bersama skirt hijau, kemudian dilengkapkan dengan stoking pink untuk memberikan elemen warna yang lebih youthful. Layering aksesori seperti topi crochet turut menambahkan dimensi pada keseluruhan look tanpa menjadikannya terlalu berat.
Di tengah-tengah kombinasi rona putih, hijau dan pink, Crystal Signature Tabby Shoulder Bag 20 menjadi statement utama. Siluet beg yang structured memberikan sentuhan yang lebih sofistikated, sekaligus mengimbangkan elemen outfit yang lebih soft dan playful.
Tip gaya: Untuk look yang feminin dan ringan, gunakan beg statement dengan material atau motif yang lebih bold supaya outfit nampak lebih polished dan mempunyai focal point yang jelas.
Suede Pillow Brooklyn Shoulder Bag Dark Chocolate


Kalau anda lebih gemarkan statement bag yang tidak terlalu mencuba untuk mencuri perhatian, Suede Pillow Brooklyn Shoulder Bag Dark Chocolate mungkin pilihan yang tepat. Mengambil pendekatan minimalis dengan sedikit karakter New York, siluet hobo bersaiz sederhana ini hadir dengan kemasan suede yang lembut dan pillowy, memberikan rasa mewah yang cukup understated.
Saya suka bagaimana rekaan ini kelihatan ringkas tetapi tetap mempunyai kehadiran tersendiri. Ruang dalam yang luas menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian, manakala poket snap membantu memastikan barang kecil lebih tersusun. Lengkap dengan tali bahu lebar yang selesa dan penutup zip yang selamat, Brooklyn 34 ini membuktikan bahawa statement tidak semestinya hadir dalam rona atau logo yang mencuri perhatian, kadangkala, tekstur, siluet dan warna yang tepat sudah cukup untuk membuatkan beg ini stand out.
Saiz: 34cm (L) x 23cm (H) x 14cm (W)
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPad
- Buku nota
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Dompet
- Kipas elektronik portable
- barangan solekan
Material: Suede
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Rona Dark Chocolate yang sofistikated, warna neutral yang kaya dan mudah dipadankan dengan pelbagai gaya.
- Tekstur suede yang mewah, kemasan lembut memberikan dimensi dan sentuhan quiet luxury pada penampilan.
- Siluet minimalis yang berkarakter, rekaan hobo yang clean membuktikan statement tidak semestinya perlu terlalu bold.
- Praktikal untuk harian, ruang yang luas dan poket dalaman memudahkan anda menyusun barangan penting.
- Selesa digayakan, tali bahu lebar menjadikannya pilihan ideal untuk dibawa sepanjang hari tanpa mengorbankan gaya.
Harga: RM2,650
Idea Styling EH!

Look kedua pula bermain dengan kontras warna, tekstur dan siluet untuk menghasilkan gaya yang lebih sofistikated dengan sentuhan playful. Jaket hitam berstruktur dilayer bersama top kuning yang lebih feminin, manakala skirt plaid memberikan elemen klasik kepada keseluruhan look. Crochet hat dan knee-high boots pula menambah karakter serta sedikit sentuhan retro.
Sebagai pelengkap, Suede Pillow Brooklyn Shoulder Bag Dark Chocolate menjadi statement yang lebih understated. Warna coklat yang hangat menyatukan elemen kuning, plaid dan hitam, sementara siluet beg yang minimal memberikan keseimbangan kepada outfit yang sudah kaya dengan tekstur dan layering.
Tip gaya: Jangan takut mencampurkan warna dan tekstur, pilih beg dalam rona yang melengkapi salah satu elemen outfit untuk menghasilkan look yang lebih cohesive.


Teri Shoulder Bag Poppy hadir dengan pendekatan yang lebih sleek dan playful, terutama menerusi rona Poppy yang vibrant dan sukar untuk tidak dipandang. Diperbuat daripada kulit licin berkilat, kemasannya memberikan sentuhan polished yang menjadikan beg ini mudah tampil sebagai statement piece dalam apa jua gaya.
Apa yang saya suka, rekaannya tidak hanya cantik tetapi cukup versatil untuk digayakan mengikut mood. Pemegang dan tali boleh tanggal membolehkan ia dibawa dengan tangan, disandang di bahu atau dipakai secara crossbody. Ditambah dengan poket dalaman dan penutup zip, Teri ini membuktikan bahawa beg yang bold juga boleh kekal praktikal untuk gaya harian.
Saiz: 23.5cm (L) x 15.5cm (H) x 6.5cm (W)
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Dompet kecil
- Lipstick atau barangan solekan asas
- Kunci
Material: Kulit licin berkilat
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Rona Poppy yang vibrant, pilihan tepat untuk anda yang mahu suntikan warna dan karakter dalam gaya.
- Kemasan kulit licin berkilat, memberikan efek polished dan membuatkan beg ini lebih menyerlah.
- Versatile untuk pelbagai gaya, boleh dibawa dengan tangan, disandang di bahu atau dipakai secara crossbody.
- Statement yang effortless, cukup digandingkan dengan outfit neutral untuk membiarkan rona Poppy menjadi tumpuan.
- Praktikal untuk harian , dilengkapi poket dalaman dan penutup zip untuk menyimpan barangan penting dengan lebih selamat.
Harga: RM995
Idea Styling EH!

Look ini membawa pendekatan yang lebih edgy, dengan layering yang lebih kuat. Jaket kulit hitam dipadankan bersama top berjalur dan skirt hitam asimetri, menghasilkan permainan tekstur dan siluet yang lebih menarik. Aksesori seperti headscarf, loafers dan stoking bercorak melengkapkan gaya dengan sentuhan New York cool.
Di tengah-tengah palet hitam dan kelabu, Teri Shoulder Bag Poppy menjadi titik tumpuan. Warnanya yang vibrant memberikan kontras yang tepat, sekaligus memecahkan gaya monokrom tanpa menghilangkan mood keseluruhan yang sleek dan edgy.
Tip gaya: Untuk outfit berpalet gelap, pilih statement bag dalam rona yang kontras supaya ia terus menjadi focal point.


Nolita 19 Maple membawakan pendekatan yang lebih refined kepada gaya beg statement, dengan rona Maple yang hangat dan kemasan crocodile-embossed suede yang terus memberikan karakter. Gabungan tekstur suede dan kulit licin menjadikan beg ini kelihatan lebih mewah, tanpa perlu bergantung pada rekaan yang terlalu sarat.
Saya suka saiznya yang compact, cukup kecil untuk tampil chic, tetapi masih praktikal untuk membawa keperluan penting. Dilengkapi dua slot kad dan penutup zip, Nolita 19 sesuai untuk gaya yang lebih minimal dan polished. Ia mungkin bersaiz kecil, tetapi teksturnya membuatkan beg ini cukup besar untuk menjadi statement.
Saiz: 19cm (L) x 11.5cm (H) x 5cm (W)
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Dompet kecil
- Lipstick atau barangan solekan asas
- Kunci
Material: Crocodile-embossed suede
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Tekstur crocodile-embossed yang mewah, memberikan karakter dan dimensi pada rekaan yang minimalis.
- Rona Maple yang hangat, mudah dipadankan dengan rona neutral dan sesuai untuk gaya yang lebih sophisticated.
- Saiz compact yang chic, kecil dan praktikal, tetapi tetap cukup menyerlah sebagai statement piece
- Minimalis tetapi berimpak, pilihan tepat untuk gaya yang understated namun tetap mahu mencuri perhatian.
Harga: RM675
Idea Styling EH!

Look ini membawa pendekatan yang lebih edgy, utilitarian dan effortless, dengan layering yang lebih kuat melalui permainan siluet dan tekstur. Blouse biru muda yang feminin dipadankan bersama cargo pants bercorak camouflage, menghasilkan contrast antara elemen soft dan rugged. Boots tinggi pula memberikan struktur pada look serta menguatkan mood yang lebih bold dan street-inspired.
Beg Nolita 19 Maple menjadi statement piece yang melengkapkan palet camouflage, hitam dan rona bumi. Motif dan bentuk beg memberikan sentuhan yang lebih refined, menjadikan keseluruhan outfit nampak lebih elevated walaupun asasnya kasual dan utilitarian.
Tip gaya: Untuk layering yang lebih edgy, gabungkan item yang mempunyai karakter berbeza, contohnya top yang feminine dengan bottom yang rugged, kemudian gunakan beg statement untuk menyatukan keseluruhan look.


Chelsea Shoulder Bag 30 hadir dengan gaya effortlessly cool yang cukup sinonim dengan karakter New York, minimalis, santai tetapi tetap mempunyai sentuhan sofistikated. Diperbuat daripada Natural grain leather dengan tekstur yang cantik dan rasa lembut, siluetnya yang clean menjadikan beg ini pilihan yang mudah digayakan untuk pelbagai kesempatan.
Apa yang menarik perhatian saya ialah cara rekaan ini mengimbangi gaya dan fungsi. Ruang dalam yang luas cukup untuk memuatkan keperluan harian, manakala poket zip membantu memastikan barangan kecil lebih teratur. Dilengkapi tali bahu yang selesa dan pushlock closure yang selamat, Chelsea 30 membuktikan bahawa gaya minimalis juga boleh menjadi statement dengan cara yang lebih effortless.
Saiz: 26.5cm x 11cm x 8cm
Apa boleh masuk dalam beg:
- iPhone Pro Max
- Power bank
- Dompet kecil
- Kipas elektronik portable
- Lipstick atau barangan solekan asas
- Kunci
Material: Natural grain leather
Kenapa EH! rekomen beg ini:
- Gaya minimalis yang sofistikated, siluet clean memberikan sentuhan elegan tanpa kelihatan terlalu mencuba.
- Natural grain leather, tekstur yang cantik dan lembut memberikan rasa mewah pada setiap gaya.
- New York attitude, effortless, cool dan cukup versatil untuk gaya santai mahupun lebih polished.
- Ruang yang luas, sesuai untuk membawa keperluan harian, menjadikannya beg statement yang praktikal.
- Mudah digayakan , rekaan minimalis ini boleh menjadi pelengkap kepada outfit bold atau menjadi fokus untuk gaya yang lebih sederhana.
Harga: RM1,750
Idea Styling EH!

Permainan warna pastel dan layering menjadi fokus utama. Baju merah jambu dipadankan dengan sheer top rona mint sebagai lapisan kedua, mencipta kontras warna yang lembut tetapi tetap menarik. Skirt mini bertekstur pula memberikan sedikit struktur kepada gaya, manakala kasut dan stoking rona pastel menguatkan lagi mood playful keseluruhan look.
Di antara kombinasi warna yang lembut ini, Chelsea Shoulder Bag 30 menjadi statement yang lebih subtle. Rona hitam memberikan keseimbangan pada outfit dan menjadikan beg sebagai anchor yang mengikat keseluruhan gaya tanpa mengambil alih penampilan.
Tip gaya: Jika outfit sudah bermain dengan beberapa rona dan tekstur, pilih beg statement dalam warna neutral untuk mencipta keseimbangan.
Artikel Berkaitan:
6 Beg COACH Paling Stylish Untuk Lengkapkan Gaya Konsert Anda
Coach Raikan 85 Tahun Legasi Fesyen Dengan Koleksi Spring 2027 Di New York Fashion Week
Idea Gayakan Coach Tabby Bag, Dari Siang ke Malam
Coach FW26 Di NYFW, Optimisme Generasi Baharu
Coach Menakluki Alam Maya The Sims 4 Dengan Penuh Gaya
Anda boleh membuat pembelian melalui kedai dalam talian rasmi Coach Malaysia di: https://malaysia.coach.com/
Suede Tabby Shoulder Bag 26 dalam rona Magenta.
Bersihkan kotoran pada permukaan beg menggunakan kain lembut, sapukan pencuci kulit dengan pH seimbang secara perlahan dalam gerakan membulat, kemudian kembalikan kelembapan kulit menggunakan pelembap khas untuk kulit. Sentiasa simpan beg di dalam dust bag apabila tidak digunakan.
Anda boleh lihat di sini https://malaysia.coach.com/storelocator
Warna dan saiz.
Warna Magenta pada Suede Tabby Shoulder Bag 26 dan warna Poppy pada Teri Shoulder Bag.
Suede Tabby Shoulder Bag 26 Magenta, Crystal Signature Tabby Shoulder Bag 20,
Suede Pillow Brooklyn Shoulder Bag Dark Chocolate, Teri Shoulder Bag Poppy, Nolita 19 Maple dan Chelsea Shoulder Bag 30.
Suede Pillow Brooklyn Shoulder Bag Dark Chocolate dan Chelsea Shoulder Bag 30.
Crystal Signature Tabby Shoulder Bag 20 dan Nolita 19 Maple.
