Kate Spade Pop-Up Store menghimpunkan koleksi tas tangan Dakota di Center Court Pavilion dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan buat pengunjung.
Tersergam indah dan menarik dari permandangan jauh, pop up store timbul berseni hadiah kotak hijau oleh Kate Spade New York jelas menyerlahkan mood ceria dan funky khas buat pengunjung. Menampilkan koleksi tas tangan musim gugur, Kate Spade menjemput pengunjung untuk meneroka koleksi musim gugur 2023 iaitu kumpulan tas tangan Dakota yang baharu.
Kate Spade Pop-Up Store yang ekslusif telah diperkenalkan pada 22 Ogos sehingga 27 Ogos 2022 di Level 2 Center Court Pavilion, di tengah-tengah daerah fesyen mewah Kuala Lumpur. Dibuka selama 6 hari dan ketika perasmian tersebut, ramai aktress Malaysia dan VVIP telah dijemput bagi meraikan pameran mewah ini. Antara aktress dan VVIP yang muncul pada hari tersebut ialah Che Puan Syamim Farid, Shalma Aina, Eyka Farhana, Bay Doucet, Sharifah Rose, Sweet Qismina, Bunga, Miss Alvy, Siti Khadijah, Jestinna Kuan, Christinna Kuan, Yaya Zahir, Cupcake Aishah, Jasmine Suraya, Siti Hariesa, Farah Ann dan Hannah Delisha.
Dari 22 Ogos sehingga 27 Ogos 2023, lawati Pop Up Store Kate Spade di Pavillion.
Reka bentuk ruang legar yang luar biasa itu diinspirasikan dari hasilan kotak tetingkap timbul dibalut dengan warna hijau Kate Spade yang jelas dengan jalur reben hitam grafik dan krim serta titik-titik polka. Dikenali serta-merta dengan warna hijau kerjasama dengan Pantone sebelum ini, warna hijau melambangkan pujian moden kepada warisan jenama, membangkitkan semangat dan keyakinan sejak diperkenalkan pada 30 tahun lalu. Berpenjuru empat tepat sama, dimensi pop up store ini mencerminkan konsep lambang kontemporari peribadi secara eksklusif yang sangat elegan dengan sentuhan kecanggihan muktamad, antara aktiviti yang menarik khas buat pengunjung.
Pujian kepada kebebasan dan kreativiti serta ekspresi berani asas, Kate Spade menghimpunkan koleksi tas tangan Dakota dalam pelbagai warna dan sentuhan fabrik yang pasti secocok dengan koleksi baju yang terasa eklektik, berwarna-warni seperti; chartreuse, rock garden, hitam dan krim. Tas tangan Dakota menampilkan tandatangan berani dan reka bentuk perkakasan logo berukir dengan garisan geometri yang bersinar dan ikonografi moden. Elemen yang mengekalkan ketahanan dan kepraktisan, Kate Spade turut menawarkan beberapa elemen pengalaman yang menarik untuk pengunjung memulakan pengembaraan bandar mereka sendiri. Antaranya, dinding foto fesyen dan stesen permainan A.I digital menggunakan pelbagai bentuk dan warna yang mencerminkan elemen reka bentuk Kate Spade. Jangan lepasi peluang bermain permainan digital Kate Spade dan nikmati seleksi minuman di pautan link, KATE SPADE NEW YORK.
Lokasi: Center Court Pavilion Kuala Lumpur, 168, Bukit Bintang St, Kuala Lumpur.
Tarikh: 22 Ogos hingga 27 Ogos 2023 (Selasa hingga Ahad).
Masa: 10:00-22:00.
Antara selebriti dan VVIP yang turut hadir: