Putih itu membiaskan kesucian dan ketulenan, yang indah menghinggapi singgahsana lebih-lebih lagi di saat dua jiwa bersatu mencipta cinta paling abadi.
Bercakap soal gaya, sebenarnya rona putih dalam persalinan membawa mood positif pada diri si pemakai. Buat yang mencari idea gaya top to toe berona putih salju, mungkin anda boleh masukkan item ini dalam gerobok fesyen anda.