Flash kamera, rambut sedikit serabai, sunglasses dan outfit yang penuh dengan karakter. Kalau visual ini terasa seperti datang terus dari era 2000-an, anda mungkin sedang melihat estetik indie sleaze.
Indie sleaze is back, but not as you remember it.
Kebangkitan semula estetik ini hadir ketika semakin ramai mula tertarik dengan gaya yang terasa lebih personal dan kurang terikat dengan imej influencer yang terlalu polished. Ia membawa kembali sisi fesyen yang lebih berani, playful dan sedikit chaotic, dengan gabungan item yang mungkin nampak tidak dijangka tetapi menjadi.
The Original Indie Sleaze
Indie sleaze mula mendapat perhatian sekitar pertengahan hingga penghujung 2000-an dan berlanjutan ke awal 2010-an, khususnya melalui scene indie music dan nightlife di bandar seperti London dan New York.
Pada ketika itu, gaya ini sengaja bermain dengan konsep effortless cool. Namun, effortless bukan bermaksud tidak mementingkan langsung tentang penampilan kita. Sebaliknya, setiap item seolah-olah dipilih untuk mencipta satu gaya yang kelihatan spontaneous.
Hitam atau acid-wash skinny jeans sering dipadankan dengan T-shirt vintaj yang mempunyai logo band atau graphic bold. Leather biker jacket pula membawa pengaruh indie dan punk.
Bila Muzik Jadi Fashion Inspiration
Indie sleaze sangat rapat dengan dunia muzik dan nightlife.
Band seperti The Strokes, Arctic Monkeys, The Libertines dan Yeah Yeah Yeahs antara nama yang dikaitkan dengan budaya indie ketika itu. Gaya yang sedikit dishevelled dan off-duty turut menjadi sebahagian daripada visual scene tersebut.
Apa yang dipakai untuk pergi gig boleh sahaja menjadi pakaian untuk keluar malam. Band tee, skinny jeans dan leather jacket bukan sekadar item fesyen, tetapi sebahagian daripada identiti komuniti yang mengelilingi muzik dan nightlife.
Sebab itu indie sleaze terasa seperti lebih daripada satu estetik. Ia datang bersama culture yang tersendiri.
Dulu Tumblr, Sekarang TikTok
Jika dahulu gambar party, paparazzi shots, blog dan early digital media membantu menyebarkan aesthetic ini, kini TikTok dan Instagram pula menjadi tempat generasi baharu menemui semula indie sleaze.
Fashion creators mula mengambil elemen daripada estetik tersebut dan menjadikannya sebahagian daripada content mereka. Antara influencer yang boleh dilihat membawa gaya ini ialah alon.katzz dan giafratte di Instagram.
Di TikTok pula, Kershaw menjadi antara creator yang menarik perhatian dengan gaya pemakaian dan aksesori yang bold sehingga muncul istilah “Kershaw Method”.
@4_kershaw_ Happy Friday and enjoy the footy! 😊
Menariknya, gaya ini juga mula kelihatan dalam kalangan fashion crowd tempatan. Daripada thrifted pieces hinggalah graphic tops dan statement accessories, semakin ramai bereksperimen dengan elemen indie sleaze mengikut cara masing-masing.
Nak Cuba Indie Sleaze? Start Dengan Ini
Tak perlu pun terus beli satu wardrobe baharu. Mulakan dengan beberapa item yang mungkin sudah ada dalam almari.
Skinny Jeans + Graphic Tee

Ini antara kombinasi paling mudah. Pilih hitam atau acid-wash skinny jeans dan padankan dengan band tee vintage atau graphic T-shirt.
Tambah leather jacket jika mahu memberikan sedikit rock ‘n’ roll energy pada look.
Dress + Sheer Tights

Untuk gaya yang lebih feminine, cuba body-con atau mini dress dipadankan dengan jaket kulit. Kalau mahu lebih character, pilih tights yang mempunyai ripped details.

Lengkapkan dengan ballet flats, Converse atau Dr. Martens bergantung kepada vibe yang anda mahukan.
Accessories Make The Difference

Kadang-kadang outfit sudah cukup simple, jadi aksesori boleh mengambil alih.
Cuba layered necklaces, chunky jewellery, studded belts, statement bags atau oversized sunglasses. Leopard print dan metallic accessories juga boleh digunakan sebagai sentuhan terakhir.
Artikel Berkaitan: Outfit Ideas untuk Konsert The Weeknd, After Hours Til Dawn
