Jenama pakaian sukan tersohor, Under Armour menggabungkan inovasi sains dan sukan pada koleksi terbarunya, termasuklah sokongan eksklusif buat himpunan branya. Bagi Under Armour inilah sokongannya buat wanita, #TheOnlyWayIsThrough.
Jika anda kerap bersukan atau bersenam, anda pasti tahu betapa besarnya peranan pemilihan pakaian. Apa yang tersarung pada tubuh itu ada efeknya kepada pergerakan, prestasi dan keselesaan. Oleh hal yang demikian, kajian demi kajian terus dijalankan bagi menghasilkan koleksi helaian sukan yang merancakkan lagi kelincahan kita semasa bersenam.
KOLABORASI IDEA ANTARA SUKAN & SAINS
Dalam kalangan wanita aktif, pemilihan bra adalah sangat penting dan hal ini menjadi keutamaan bagi Under Armour di dalam penghasilan dan rekaan Under Armour Infinity Bra.
Under Armour Infinity Bra adalah antara helaian penting yang melengkapkan koleksi terbaru Under Armour Women Infinity dan Meridian. Infinity Bra memaparkan rekaan bra yang sempurna dalam menyokong buah dada tanpa menyekat pergerakan semula jadinya semasa bersukan, justeru dilihat sempurna dalam menyokong pergerakan tubuh.
Under Armour menjalin kerjasama dengan pakar kesihatan buah dada, Dr Joanna Scurr bersama Universiti Portsmouth, United Kingdom untuk menghasilkan satu inovasi terbaik buat koleksi bra yang selesa semasa bersukan.
Bagaimana hal ini dapat direalisasikan? Under Armour mencipta lapisan (padding) bra yang menyerupai angka lapan (8) untuk aerodinamik yang lebih baik. Mereka tidak menggunakan rekaan bra konvensional. Mangkuk branya lebih fleksibel dan boleh disesuaikan dengan bentuk tubuh.
Cecair yang ada pada mangkuk bra ini memberikan sokongan kepada buah dada, dan gerakannya mengikut pergerakan buah dada, baik sewaktu pemakai berlari mahupun melompat. Inovasi ini tidak akan membataskan lagi keselesaan anda dalam melakukan gerakan aktiviti riadah, memberi ruang buah dada anda untuk ‘bernafas’ dengan selesa.
Infinity Bra hadir dengan variasi warna, dari gelap hingga ke terang, polos hingga yang bercorak, semuanya demi memenuhi selera penggemar Under Armour. Mereka mahu anda tampil stail kala bersukan, kerana sememangnya wanita itu suka bergaya.
Bagi menyempurnakan lagi penampilan riadah anda, Under Armour turut memperkenalkan Meridian Leggings, padanan yang akan menyuntik keselesaan maksimum kala anda bersukan. Dihasilkan menggunakan material istimewa, ia melekap cantik bagaikan kulit kedua dan menyerap peluh dengan baik. Legging ini sesuai dengan semua aktiviti kecergasan, baik yoga, berbasikal, pilates, berlari mahupun aktiviti CrossFit.
Infinity Bra hadir dalam saiz XS hingga XL, harganya bermula dari RM149 hingga RM259. Begitu juga dengan legging, menawarkan saiz dari XS ke XL, dan harganya bermula dari RM259 – RM299. Koleksi ini boleh didapati di semua butik Under Armour dan juga secara dalam talian di pautan underarmour.com.my.