Birkenstock dan Ropetto, dua legenda dalam dunia pembuatan kasut bersatu ilham, lantas lahirlah satu koleksi kolaborasi eksklusif, lengkap dengan tiga rekaan dan tiga warna memikat.
Comel dengan sentuhan elegan dan berjiwa malar segar, itulah yang boleh dirangkumkan tentang koleksi gaubungan dua jenama sepatu tersohor dunia, Birkenstock dan juga Ropetto. Kedua-dua jenama ini mempunyai estatika rekaan yang berbeza dan secara jelasnya juga keduanya datang dari negara berbeza, Jerman dan Perancis.
Bagi kolaborasi ini, Birkenstock dan juga Ropetto menelaah kembali stail ikonik masing-masing, mengahwinkan identiti masing-masing dalam satu koleksi; menguhubungkan keselesaan dan ciri keanggunan balet. Dan himpunan ini hadir dengan tiga siluet dan tiap satunya dinaik taraf menerusi lensa kreatif Repetto.
TIGA REKAAN IKONIK
Koleksi kolaborasi ini hadir dengan tiga rekaan ikonik Birkenstock sendiri dengan ciri-ciri istimewa Repetto. Rekaan pertama tentu sekali sandal Arizona yang tampil dengan dengan gancu bulat besar, memberi sentuhan gaya yang klasik. Hadir dengan tiga pilihan warna., hitam, merah dan merah samar.
Bagi penggemar kasut sarung dengan kebebasan pada bahagian tumit, Scala adalah pilihan untuk anda, lengkap dengan dua tali berserta hiasan reben. Rekaan ini saya fikir cukup santai namun masih kental dengan imej femininnya.
Identiti sepatu balet jelas ketara pada Opéra yang hadir lengkap dengan reben yang melilit buku lali, persis sepatu balet yang cukup fleksibel. Setiap pasang sepatu dari koleksi ini disempurnakan dengan Vichy-check, lapisan dalam kasut yang memang menjadi identiti Repetto sendiri.
Sama ada anda pemakai setia Birkenstock ataupun penggemar setia Ropetto, memiliki sepasang dari koleksi kolaborasi ini seakan menjadi satu kewajiban bagi anda. Mengapa tidak? Melihatkan warna koleksi ini saja sudah membuat kita tertarik; merah, merah samar dan hitam. Semuanya menarik!
Koleksi ini mula berada di pasaran bermula dari 16 Julai 2026.








