Di Innai Red, nadi fesyennya adalah feminin. Cuma penyampaian bersifat kewanitaan itu dalam kisah yang berbeza-beza mengikut selera semasa. Raya yang bakal menjelma kelak, Innai Red memilih untuk terbitkan gaya feminin dalan rentak yang lebih opulent. Makanya, setiap busana Raya mereka dirakam dengan berlatarbelakang permaidani-permaidani Persian. Walaupun begitu, jenama feminin ini masih setia dengan memberikan pilhan berselera seni dengan pemilihan fabrik mewah.
Perincian yang rumit menjadi esen penting buat koleksi Raya Luxe Innai Red 2021. Ia bukanlah sesuatu yang baru. Sejak Izrin Ismail memperkenalkan jenama ini pada wanita kota, perincian indah menjadi esen penting buat jenama miliknya ini. Lebih menjulang rasa kewanitaan, Izrin juga bijak dalam pemilihan fabrik. Kali ini Raya Luxe di Innai Red 2021 memilih bermain dengan material borked, jacquard, sutera shantung dan organza yang bercorak elegan.
Semestinya Innai Red terus tampil dengan perincian yang sejati dengan mereka. Jahitan manik terus merajai koleksi Raya buat jenama ini. Manik dan jemeki yang hadir dalam pelbagai rona indah melekat pada baju seakan menzahirkan tugas sebagai perisai fesyen. Bunga yang menjadi esen di Innai Red turut digubah lebih menarik dengan citra tiga dimensi. Warnanya pula tidak terbatas pada pilihan pastel lembut sahaja. Kerana, ada cetusan palet kaleidoskop yang menjanjikan gaya Raya lebih glamor.
Pautan Berkenaan: Kekuatan Dan Keyakinan Diri Sherry Alhadad X Syomirizwa Gupta!