Negara kita ‘lockdown’ sekali lagi. Atas faktor-faktor yang tertentu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Namun, usah rasa stress atau tertekan dengan situasi ‘lockdown’. Ini bukan pertama kali negara kita menghadapi full lockdown. Rasa stress yang melampau akan membuatkan kesihatan mental terganggu dan mood tidak nyaman.
Dengan masa yang terluang banyak di rumah, adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk menambah ilmu. Membaca atau menyelak majalah-majalah fesyen pun bagus. This is the perfect time to catch up with fashion news.
Cadangan kami, layari content para influencer fashion, sama ada di Instagram atau TikTok. Mereka dengan cermatnya mengemas video ringkas mengenai stail inspo, tren-tren terkini dan rekomendasi barang dalam waktu satu minit. Atau kurang dari itu. Sesuai buat kamu yang kurang gemar menonton video berdurasi terlalu panjang. Instagram atau TikTok merupakan solusi yang tepat.
Dalam pada masa ‘lockdown’ sekarang, rujuklah stail-stail yang nyaman, pendek kata yang boleh diadaptasi dengan situasi semasa. Menitip faktor keringkasan, namun tersisip aspek stylish tanpa perlu mencuba. Apa lagi sekarang, para wanita mahukan yang senang-senang sahaja, sukakan stail yang tidak kompleks.
Jom rujuk stail hebat tiga influencer hijabi yang kami rasakan dapat mengubah penampilan anda. Boleh belajar sikit-sikit dari mereka.
TUDUNG SARAT CETAKAN
Apa yang kami perasan, jenama-jenama tudung lokal sudah mula mempopularkan kembali koleksi tudung bercetak ya. Sewaktu bermulanya era hijabista, kebanyakan jenama tudung lokal keluarkan koleksi tudung polos. Warna-warna lembut, beige, yang soft looking sahaja. Trend tudung beransur ubah kepada koleksi tudung bercorak.
Ada yang menganggap tudung bercetak terlalu menonjol atau ‘girly’. Walhal, anda boleh mencipta semula gaya untuk padanan diri sendiri. Berteraskan identiti gaya tersendiri.
Influencer hijabi @bellazahirzain cukup anggun mengenakan tudung sarat cetakan ini. Untuk gaya yang lebih matang, Bella Zahir padankan bersama top hitam. Stail yang kami cadangkan untuk memberi kesegaran pada stail musim panasmu. Terlihat ‘classy’ yang mungkin boleh digayakan jika menghadiri interview kerja di Zoom? Classy yet playful.
GET COMFY
Kami suka melayari stail-stail yang dikongsi Fatin Noraishah (@ftnshc). Pada kami, stailnya mudah untuk ditiru tanpa perlu berbelanja lebih atau mengenakan baju-baju mahal. Gayanya yang simple yet chic sangat mudah untuk dicontohi kala beraktiviti.
Fatin juga sering memberi tips dalam mengenakan tren fesyen hijabi agar lebih ‘applicable’ untuk sehari-hari. ‘Selesa’-adalah kunci gayanya, memanglah bertepatan dengan situasi ‘lockdown’ sekarang. Berseluar sweatpants yang dipadankan dengan baju sweater merupakan suai padan yang boleh dipraktik oleh sesiapa pun. Tidak terhad untuk para hijabi sahaja. Tambah ‘shawl’ warna lembut untuk mengadaptasi stail ‘sportswear’ dari era ‘70-an. Tip bagus untuk hijabi bukan?
SHAWL PUTIH + DRAG MAKEUP= GET CREATIVE!
Shawl polos adalah item wajib dalam gerobok fesyen hijabi. Selain ia mudah untuk digayakan, shawl putih memberi opsyen terbaik untuk memadankan ia bersama pelbagai aksesori lain tanpa terlalu banyak usaha. Pun boleh jika shawl putih digayakan bersama aksesori lain yang bercetak, misalnya beg tangan atau skaf. Ini adalah cara halus untuk memperkenalkan cetakan ke almari anda. Tip yang bagus buat hijabi yang ada rasa janggal jika mengenakan helaian bercetak. Ada juga ya hijabi yang tidak berani pakai baju atau tudung corak-corak. Kata mereka takut kelihatan ‘over’.
Tetapi, lebih cool dan stylish jika memakai shawl putih bersama solekan yang bold ala drag makeup seperti hijabi @thesabrinamohd. Main-main makeup di rumah tak salah mencuba drag makeup untuk suka-suka. Dapat juga asah kemahiran bersolek. Satu lagi tip bertudung @thesabrinamohd, mungkin disebabkan dia berkulit sawo matang, Sabrina setia dengan shawl putih. Ternyata, ia ‘enhance’ kan wajah eksotik @thesabrinamohd. Yas, be proud in your own skin colour. @thesabrinamohd secara tidak langsung memberi inspirasi untuk estetika yang berbeza-beza.
Artikel berkaitan: 3 Idea ‘STYLING’ Hijabi Yang Wajib Kamu Cuba