Kasut tenis klasik Lacoste dijadikan inspirasi untuk melancarkan himpunan baharu kasut L001 dengan gabungan retro berciri terkini.
Tenis dan Lacoste tidak mungkin kita mampu pisahkan. Mereka ini saling beriringan dan juga memberi inspirasi kepada satu sama lain. Terbaru, Lacoste dengan bangganya melancarkan kasut baharu mereka bernama L001. Kasut Lacoste L001 ini mengabadikan pelbagai seni warisan yang mereka miliki dalam satu garapan rekaan yang cukup moden. Setiap invensi kasut mereka mempunyai cerita berbekalkan sejarah yang kaya di Lacoste.
Keunikan kasut baharu ini mendapat ideanya jauh didalam arkib mereka. Renee Lacoste yang bertanggungjawab mereka kasut terawal di Lacoste yakni The Renee menjadi idea utama dalam penghasilan kasut Lacoste L100. Selain Renee, inspirasi batang raket tenis dekad 80-an juga membuahkan idea kepada rekaan kasut baharu ini. Bentuk kinetik pada batang reket tenis diadunkan pada permukaan kasut baharu.
Kekal dengan prinsip fesyen Lacoste dengan melahirkan rekaan yang sesuai buat semua, seperti baju Polo mereka yang ikonik. Ia melengkapi grobok fesyen lelaki dan wanita. Juga, kasut ini turut memberi penghargaan utama buat dunia sukan klasik seperti pada penggunaan rona semuljadi mencipta rasa preppy yang lebih moden. Palet rona terpiliha termasuklah mahogany lembut, hijau, biru navy, dan merah klasik.
Elemen rekaan daripada arkib yang dimasukkan buat kasut ini terletak pada rekaan garisan geometri pada permukaan kemasan herringbone. Tapaknya pula direka tebal mencipta memori nostalgia kasut klasik. Logo pula digarap lebih ringkas dan tidak menonjol untuk menzahirkan gaya minimalist. Kasut L001 datang dengan gaya lebih ikonik dengan paduan gaya hidup DNA Lacost. Sempurna digayakan dengan citra fesyen moden dan rasa autentik yang agong.
Klik di sini untuk semak lebih banyak pilihan kasut L001!
Pautan Berkenaan: Met Gala 2021: Kisah Disebalik Busana Unik & Pelik