Rentetan daripada kemahiran ibunya, Pandora yang bekerja sebagai pembeli peribadi fesyen, dipengaruhi pula oleh kakaknya, Poppy Delevigne, Cara terus memperjuangkan cintanya pada seni fesyen. ‘British born star’ ini akan mencecah 20 tahun pada 22 Ogos ini. Memulakan kariernya bersama agensi Storm Models pada 2009, pada 2011 dia dilamar menjadi ‘The Face of Burberry’ buat musim luruh tahun yang sama dan gadis kempen pada musim bunga 2012. Terbaru, Cara dilamar sendiri oleh Karl Lagerfeld untuk beraksi dalam kempen Chanel Musim Kembara 2013. Biarpun untung nasibnya sudah jelas terpancar kerana disenangi oleh industri ini, Cara masih meneruskan minatnya bermain dram, menyanyi dan menulis lirik lagu.