Queen of Christmas, Mariah Carey membuat kejutan apabila muncul secara eksklusif menerusi kempen koleksi musim percutian Gucci. Kempen ini dilancarkan sehari selepas Mariah Carey memuat naik video tradisinya ‘It’s Time’.
Mariah Carey dan Gucci bukanlah satu gabungan nama yang baharu. Bagi pengikut penyanyi yang sudah memiliki 20 buah lagu di takhta nombor satu di Amerika, dia memang kerap memakai helaian dan aksesori Gucci sejak era Tom Ford sebagai pengarah kreatif Guci. Malah killer heels di dalam video muzik ‘Honey’ juga menonjolkan jenama Gucci.
Menerusi kempen ini, elemen kemeriahan sambutan Hari Natal dihidupkan dengan DNA Gucci yang bold, playful dan punya attitude. Mariah Carey ditonjolkan sebagai ikon penting dalam kemeriahan Krismas seperti yang diserlahkan di dalam video kempen yang diarahkan oleh Harmony Korine ini.
Akseosri Ikonik Gucci
Menemani video kempen ini, siri foto berasingan turut memperlihatkan koleksi hadiah pilihan eksklusif daripada jenama ini, menampilkan rekaan ekspresif dan ikonik. Daripada variasi beg berkilauan seperti Starlet, beg duffle Gucci, dan GG Marmont, sehinggalah beg Paparazzo daripada fabrik suede yang lembut, koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan unik yang sesuai dijadikan hadiah mahupun pelengkap gaya sempena musim percutian.
Koleksi ini turut membariskan but GG Monogram, kasut sarung Horsebit, kasut sniker Ace, dan kasut tumit tinggi Vittoria. Tidak ketinggalan, kelengkapan musim sejuk seperti topi dan selendang turut melengkapkan lagi gaya, sekali gus memberi inspirasi buat anda yang ingin menyambut keraian, bercuti di musim sejuk, atau menikmati momen-momen indah bersama yang tersayang sepanjang musim cuti ini.
Apa yang dapat disimpulkan dari kemunculan Mariah Carey di dalam kempen Gucci ini, ia bukan sahaja mengidupkan kembali nostalgia Mariah bersama jenama dari Milan ini semata, malah menguatkan pengaruh pelantun ‘All I Want For Christmas Is You’ itu sebagai ikon penting dalam sambutan Krismas saban tahun.







