Jelly shoes are back, baby! Dulu mungkin sinonim dengan zaman kanak-kanak, tetapi sekarang kasut translucent ini kembali dengan rupa yang jauh lebih fashion-forward.
Daripada Mary Janes berwarna pink hinggalah flats yang minimal, jelly shoes boleh memberikan sedikit fun pada outfit anda membuatkan ia effortlessly cool. Jadi, kalau anda tertanya-tanya “nak pakai dengan apa?”, we got you.
Jom ikut EH! intip 4 pilihan jelly shoes daripada jenama pilihan yang boleh anda gayakan dengan pelbagai gaya dan outfit!
1. Jelly Bunny Dimitri Mary Janes Pink (RM104)

Kalau anda suka kasut yang ada sedikit elemen comel dan nostalgia, Dimitri Mary Janes daripada Jelly Bunny mungkin kena dengan citarasa anda.
Kasut ini hadir dalam warna pink dengan kemasan translucent serta corak cut-out yang memberikan rupanya lebih menarik. Buckle strap pada bahagian atas pula melengkapkan bentuk Mary Janes yang klasik.
Untuk kasut seperti ini, anda boleh bermain dengan gaya yang feminin. Cuba padankan bersama skirt mini dan blouse ataupun kemeja, kemudian sarungkan bersama stoking nilon untuk mendapatkan look yang lebih muda dan manis.
Kalau bukan skirt girl, tiada masalah. Seluar potongan longgar dengan baby tee pun boleh. Warna pink pada kasut akan memberikan sedikit kelainan kepada outfit yang otherwise simple.
2. Melissa Nabeela AD (RM600)

Baru dilancarkan, Melissa Nabeela AD membawa pendekatan yang sedikit berbeza pada jelly shoes.
Rekaannya menampilkan transparent heel, charm kecil pada bahagian atas serta simbol bintang pada bahagian tapak. Gabungan ini memberikan kasut itu seakan-akan whimsical dan dreamy untuk dipakai
Disebabkan kasut ini sudah mempunyai elemen yang menarik, outfit yang lebih clean boleh menjadi padanan yang cantik.
Cuba cocktail dress dengan beg kecil untuk gaya yang lebih klasik. Atau, kalau anda lebih selesa dengan seluar, padankan bersama wide-leg trousers dan fitted top.
Biarkan bahagian kasut menjadi detail kecil yang melengkapkan keseluruhan pakaian anda.
3. Steve Madden Grove Flat (RM196.23)

Jelly shoes tidak semestinya perlu berwarna terang atau mempunyai design yang merumitkan.
Grove Flat daripada Steve Madden hadir dengan rubber upper dan sole, bentuk rounded square toe serta rekaan slip-on yang mudah dipakai. Siluetnya juga lebih sederhana, jadi ia senang dimasukkan ke dalam wardrobe harian.
Kalau anda mahukan kasut yang boleh dipakai untuk keluar makan, ke kelas atau berjalan di bandar, cuba gabungkan dengan seluar jeans potongan lurus dan baju cotton berlengan panjang.
Mahu nampak lebih kemas? Tukarkan kepada seluar dengan potongan kemas dan tambah handbag berstruktur.
Kasut ini sesuai untuk mereka yang tidak mahu outfit terlalu rumit tetapi masih menyukai trend fesyen semasa.
4. Cotton On Shay Jelly Ballet (RM89)

Jika anda sudah jatuh hati dengan ballet flats, versi jelly daripada Cotton On ini mungkin menarik perhatian.
Shay Jelly Ballet mempunyai round toe, crossover strap dan metal hardware detail. Bahagian clear vamp pula membuatkan kasut ini nampak ringan dan sesuai untuk dipakai secara santai.
Bawa masuk sedikit balletcore ke dalam gaya harian dengan midi skirt dan fitted top. Crossover strap pada kasut akan menambahkan sedikit detail pada bahagian kaki tanpa membuatkan outfit nampak lebih menyerlah.
Untuk hari yang lebih santai, anda juga boleh kembali kepada kombinasi mudah seperti seluar potongan lurus, T-Shirt putih dan untuk melengkapi keseluruhan gaya, city bag adalah salah satu item yang sangat penting.
Kalau pakaian anda sudah cukup basic, kasut seperti ini boleh menjadi bahagian yang membuatkan keseluruhan gaya terasa lebih lengkap.
Artikel Berkaitan: Kasut Tabi: Rekaan Unik Yang Kini Jadi Pilihan Ramai




