Raikan Raya dengan penuh gaya dan keyakinan, tanpa mengira bentuk atau saiz badan!
Dunia fesyen Raya tidak lagi terhad kepada saiz standard sahaja, jenama lokal baju raya kini semakin prihatin dengan kepelbagaian saiz (plus size), memastikan semua orang dapat merasai pengalaman membeli baju Raya yang menyeronokkan dan bebas tekanan.
Saiz hingga ke 9XL, pilihan pakaian Raya kini lebih eksklusif!

1. Jasmina
Jasmina menampilkan koleksi baju kurung dan kebaya moden dengan fabrik ringan dan breathable seperti chiffon dan satin premium, sesuai untuk Raya panjang di siang hari. Siluetnya direka untuk memeluk bentuk badan dengan anggun tanpa terasa ketat, sambil mengekalkan keselesaan. Warna-warna koleksi ini menonjolkan rona pastel dan jewel tones, memberikan pilihan elegan untuk semua saiz, dari M hingga 8XL.

2. Poplook
Poplook menawarkan baju Raya yang kasual dan chic, menampilkan kombinasi fabrik seperti crepe lembut dan cotton blend. Siluet A-line dan baju labuh memudahkan pergerakan, manakala corak moden seperti florals atau geometric prints menambahkan sentuhan fun. Sesuai untuk saiz hingga 4XL, koleksi ini menyeimbangkan gaya santai dan keselesaan tanpa kompromi.

3. Bayu Somerset
Bayu Somerset menonjolkan baju kurung tradisional dengan twist moden. Fabrik seperti songket ringan dan jacquard digunakan untuk memberi tekstur mewah. Siluet longgar dan sedikit flare memastikan keselesaan sambil mengekalkan aura klasik. Pilihan warna bold seperti merah bata, emerald, dan navy membuat penampilan lebih menonjol, tersedia sehingga 5XL.

4. Curvafabulous
Curvafabulous adalah jenama yang mengutamakan fesyen plus size ekstrem, dari saiz M hingga 9XL. Rekaan menonjolkan kebaya dan kurung dengan siluet empire waist dan A-line, fabrik stretchable, premium dan satin satin-silk blend, memberikan kebebasan bergerak. Warna terang, pastel manis, dan metallic accents menjadikan setiap pakaian tampak glamor untuk Raya penuh gaya.

5. Gene Martino
Jika anda inginkan fesyen minimalis dan classy, Gene Martino jawapannya. Baju kurung dan kebaya diperbuat dari fabrik satin dan silk crepe, dengan potongan straight dan slight flare di hujung baju. Warna koleksi menekankan neutral tones dan soft pastels, sesuai untuk mereka yang mengutamakan penampilan elegan tanpa terlalu ramai corak, tersedia hingga 2XL.

6. Jemels
Gaya kontemporari dengan warna-warna ceria. Rekaan kebaya ringkas dan kurung labuh menggunakan fabrik chiffon dan cotton silk blend, dengan detail lace dan embroidery halus. Siluet longgar dengan slight A-line sesuai untuk semua bentuk badan, saiz hingga 3XL, menjadikan Raya lebih fun dan youthful.

7. Ariani
Selain koleksi tudung, Ariani turut memperkenalkan RTW baju kurung. Fabrik organza, lace, dan satin digunakan untuk efek mewah dan flowy, dipadankan dengan tudung diamond. Warna pastel lembut dan soft metallic boleh didapati dari saiz hingga 3XL.

8. Wanzar
Baju kurung moden dengan twist minimalis, love it! Fabrik silk blend dan crepe stretch dipilih untuk keselesaan harian dan mudah digayakan. Siluet straight-cut dan subtle flare di hujung baju membuatkan penampilan lebih sleek. Warna koleksi ini menonjolkan neutral chic, earth tones, dan pop of jewel colors, sesuai hingga 3XL.

9. Mis Claire
Mis Claire terkenal dengan koleksi plus size mewah untuk Raya, dari 3XL hingga 7X! Rekaan menampilkan kebaya dan baju kurung dengan siluet flowy dan empire waist, fabrik premium seperti satin, chiffon, dan lace embroidery. Warna bold seperti burgundy, emerald, dan sapphire memberi aura glamor, manakala corak halus dan detailing renda menambahkan sentuhan elegan.
Baca: Koleksi Baju Kurung / Kebaya Bawah RM200, Nampak Mahal & Elegan
