HABIB sekali lagi menempa kejayaan dalam meluaskan pasaran jenama barangan kemas ke taraf dunia melalui kolaborasi antarabangsa, Korloff Paris.
Jenama KORLOFF Paris sentiasa sinonim dengan gaya mewahnya dan rekaan berlian yang menakjubkan. Lagi mengasyikkan apabila Korloff Paris kini memenuhi segenap ruangan di bilik pameran HABIB KLCC di mana pelanggan kini boleh menikmati pengalaman dengan konsep gaya hidup yang mewah.
Korloff, jenama mewah yang bukan sahaja menampilkan koleksi barangan kemas berlian yang mempesona, malah ia turut menampilkan koleksi jam tangan yang eksklusif serta aksesori seperti pen, ‘cufflinks’ dan minyak wangi. Previu istimewa diadakan bersama Chris Neff, Pengarah Urusan Korloff yang diterbangkan khas dari Paris untuk memberi perkongsian mengenai sejarah ringkas jenama ini. Dalam meraikan peristiwa penting ini juga, selebriti tempatan Syafinaz Selamat dan Danial Dashuki turut bersama-sama menonton barangan kemas ini secara peribadi.