Jika streetwear adalah gaya anda, banyak jenama lokal menarik yang boleh anda ‘eyeing’ untuk melengkapkan wardrobe anda!
Streetwear lokal semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen, dengan semakin banyak jenama tempatan tampil membawa identiti, kreativiti dan gaya tersendiri. Ada yang minimalis, statement pieces yang lebih bold, dan jelas sekali, jenama-jenama ini streetwear tempatan mampu berdiri sebaris dengan nama-nama antarabangsa.
Kalau anda sedang mencari sesuatu yang fresh untuk melengkapkan wardrobe anda, ini antara jenama streetwear lokal yang patut ada dalam radar anda!
Kalau anda sukakan streetwear yang mempunyai sentuhan lokal tetapi setaraf antarabangsa, AEGIS 601 antara jenama yang menarik untuk diperhatikan. Jenama ini menggabungkan elemen craftsmanship dengan potongan kontemporari, termasuk kasut kulit buatan tempatan, jersey heavyweight dan reversible jacket Identitinya terasa lebih eksperimental berbanding streetwear biasa, menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang mahu tampil sedikit berbeza.
Bagi yang mahukan streetwear dengan identiti yang lebih bold, AGAINST LAB memang susah untuk diabaikan. Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 2015, jenama ini lahir daripada gabungan minat terhadap street culture, graffiti, ilustrasi dan fesyen. Koleksinya banyak bermain dengan graphic pieces, jersey, oversized silhouette dan item yang lebih statement. Paling menarik, AGAINST LAB tidak mengehadkan dirinya kepada pakaian semata-mata, malah turut meneroka footwear, aksesori, muzik, fotografi dan seni.
Viral dengan rekaan bercorak bunga, Achgarments antara jenama streetwear lokal yang semakin menjadi bualan. Kebanyakan rekaannya tampil uniseks dengan identiti yang cukup tersendiri, menjadikannya pilihan menarik buat mereka yang gemarkan gaya streetwear yang unik dan sedikit berbeza daripada kebiasaan.
ALL LOVE sesuai untuk anda yang lebih menggemari pendekatan streetwear yang santai dan mudah dipakai. Identiti jenama ini terasa lebih youthful dan casual, menjadikannya pilihan yang mudah dimasukkan ke dalam wardrobe harian. Jika anda mencari label lokal untuk melengkapkan gaya oversized tee, sneakers dan loose pants, ALL LOVE boleh jadi salah satu nama yang patut diberi perhatian.
SVG pula menarik perhatian dengan pendekatan yang menggabungkan elemen streetwear dan gaya yang lebih contemporary. Jenama ini sesuai untuk mereka yang mahukan pakaian yang boleh dipakai secara casual tetapi masih mempunyai cukup karakter untuk menjadi statement dalam sesuatu outfit. Kehadirannya dalam scene streetwear lokal juga menunjukkan bagaimana semakin banyak jenama tempatan bereksperimen dengan identiti masing-masing.
Kalau bercakap tentang streetwear lokal yang sudah mempunyai identiti tersendiri, TNTCO antara nama yang wajib disebut. Ditubuhkan di Malaysia pada 2013, jenama ini berpegang pada slogan “NO HOUSE RULES”, selari dengan pendekatannya yang berani dan tidak terlalu terikat dengan norma. Selain koleksi sendiri, TNTCO juga aktif menghasilkan kolaborasi dengan pelbagai nama dan komuniti, termasuk Pokémon, Hunter x Hunter dan beberapa label serta artis tempatan.
KRTKL pula merupakan antara nama yang baru untuk dimasukkan dalam radar penggemar streetwear lokal. Dengan pendekatan yang lebih minimalis, koleksi mereka sesuai untuk mereka yang gemarkan pakaian versatile dan mudah digayakan, sama ada dipakai begitu sahaja atau sebagai sebahagian daripada gaya layering. Walaupun tampil lebih understated, setiap rekaan tetap mempunyai karakter tersendiri.
STONED & CO pula sesuai untuk mereka yang mahukan streetwear dengan karakter yang lebih relaxed dan sedikit edgy. Daripada pendekatan grafik hingga kepada potongan kasual, jenama ini mempunyai vibe yang mudah disesuaikan dengan gaya harian. Ia juga antara pilihan yang boleh dipertimbangkan kalau anda mahu explore jenama lokal selain nama-nama streetwear yang sudah biasa didengar.
Sudah berada dalam scene sejak 2008, HIGH CULTURED merupakan antara jenama streetwear lokal yang lebih established. Identitinya banyak bermain dengan gaya urban yang clean, trendy dan mudah dipakai, sambil menggabungkan pengaruh budaya lokal dengan streetwear global. Daripada graphic tee dan jersey hingga jeans baggy, cap dan aksesori, koleksinya cukup luas untuk membina satu outfit streetwear lengkap.
Baca: Kasut ‘Must Have’ Bulan September Ini, Antaranya Kolaborasi Adidas Bersama Jennie


















