Penyanyi berusia 52 tahun ini menyarung persalinan tiga helai iaitu celana hitam dengan cetakan flora, crop top, dan mantel sedondon yang melengkapkan gayanya.
Ketika melangkah untuk menaiki bot yang sedang menantinya di St. Mark’s Square, tanda harga pada pakaiannya terpapar kepada pandangan umum tanpa sengaja.
Banyak mata memerhati (mungkin untuk mengetahui nilai persalinan itu), namun Lopez tidak sedikit pun terganggu. Walau dikata mengalami momen memalukan, dia tetap kelihatan menakjubkan.